PERTUBUHAN KEBAJIKAN SITI HAWA MUAR

Dimulakan pada Feb 10, 2022

SUMBANGAN RAMADHAN CAKNA MUAR

RM6,750

Telah terkumpul

261 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Projek Cakna Muar untuk membantu keluarga yang memerlukan. Bersama kita ukir senyuman di wajah mereka dengan inisiatif ini.


Projek Sumbangan Ramadan Cakna Muar untuk membantu keluarga yang memerlukan. Bersama kita ukir senyuman di wajah mereka dengan inisiatif ini. Peratusan rakyat yang susah termasuk yang telah di buang kerja semasa (PKP) adalah sangat tinggi. Pada waktu itu kita semua tahu, ramai golongan yang tidak bernasib baik ini menghadapi kepayahan hidup. Ada mereka yang hilang tempat tinggal disebabkan tidak mampu untuk membayar sewa. Ada juga antara mereka yang 100 peratus berharap dengan bantuan yang akan dapat.


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera para penyumbang, sempena bulan Ramadan yang mulia ini, kami di Pertubuhan Kebajikan Siti Hawa Muar ingin menjalankan Projek Sumbangan Ramadan Cakna Muar ini untuk membantu mereka yang terkesan akibat (PKP) yang lalu.


Salah satu hadis yang dapat kita ambil dan terapkan dalam kehidupan sehari-hari adalah hadis tentang tolong menolong yang diriwayatkan oleh Imam Muslim adalah: "Barang siapa melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat. Barang siapa meringankan penderitaan seseorang, Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu mau menolong saudaranya." (HR. Muslim).



Pertubuhan Kebajikan Siti Hawa Muar sudah menjalankan aktiviti membantu keluarga B40, M40 dan T20 bermula dari perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak wabak COVID-19 melanda di Malaysia, la melibatkan aktiviti menyantuni keluarga yang terjejas akibat dari wabak ini. Aktiviti kebajikan berbentuk memberikan sumbangan barang makanan dan wang tunai hasil kutipan dari sumbangan Awam, Agensi Kerajaan dan Swasta, Syarikat Swasta dan NGO. Aktiviti tersebut biasa dijalankan di kawasan komuniti untuk kes-kes khas seperti kematian, bencana, kemalangan dan fakir miskin yang belum menerima bantuan.




Oleh itu, pihak Pertubuhan berusaha mewujudkan inisiatif Sumbangan Ramadan Cakna Muar 2022 khusus untuk projek membantu keluarga B40, M40 dan T20 yang terjejas pendapatan akibat COVID-19. Program Sumbangan Ramadhan Cakna Muar 2022 dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. la dirangka dalam bentuk inisiatif bantuan keperluan asas atau wang tunai untuk masyarakat yang terjejas. Sasaran utama kepada sekurang-kurangnya 2000 keluarga B40 dan M40 yang tidak menerima apa-apa bantuan dari mana-mana pihak yang lain.


ISLAM menekankan keperluan membantu sesama insan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah, ayat 2)




Diharapkan agar dengan adanya tabung sumbangan ini dapat mencapai objektif program dan seterusnya memupuk nilai keprihatinan, kekeluargaan dalam kalangan warga daerah Muar dan lebih mengukuhkan ikatan sikap penyayang antara insan.


“Allah senantiasa menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya.” – HR. Muslim. 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2022

SITI SAIDATUL FAKHRIAH BINTI NORSALIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 24, 2022

Kempen Sumbangan Tamat