PROJEK JANA EKONOMI DAN PENEMPATAN SEMULA FAKIR ASNAF

RM3,550 / 2.37 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM150,000

159 penyumbang

166 Baki Hari

Kongsikan:

Tentang Kempen

Jom bantu kami dalam menjalankan serta menjayakan Projek Jana Ekonomi Dan Penempatan Semula Fakir Asnaf ini. Salurkan sumbangan anda disini sekarang!


Marilah sama sama kita menghulurkan bantuan dalam menjayakan projek Jana Ekonomi Dan Penempatan Semula bagi golongan Fakir Asnaf, Ibu Tunggal, OKU, Tercicir Pelajaran & Warga Emas.


"Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim).


Setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Dengan ini kami dari Pertubuhan Kebajikan Mesra Rakyat Kelantan (MESRA) melancarkan kempen Projek Jana Ekonomi Dan Penempatan Semula Fakir Asnaf di Kelantan. 


Kawasan tanah yang akan diusahakan untuk projek ini.



Tujuan Projek ini adalah : 


1.Menjana ekonomi bagi fakir asnaf di mana pendapatan utama mereka hanyalah menoreh getah dan nelayan tasik air tawar. Justeru projek ini membantu mereka meningkatkan keupayaan menambah pendapatan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup. 

2.Menyediakan pembangunan dalam pertanian, perladangan dan penternakan kepada fakir asnaf. Pihak kami akan membantu dalam menyediakan peluang pekerjaan termasuk latihan bagi meningkatkan kemahiran dan kemampuan mereka dalam bidang ini. 

3.Membuka peluang kemahiran dan kerjaya untuk golongan OKU (Masalah Pembelajaran). Golongan ini memerlukan tempat yang lebih selamat untuk mereka meningkatkan keupayaan untuk terus hidup secara berdikari.

4.Membantu jana ekonomi bagi golongan ibu tunggal, golongan tercicir pelajaran dan warga emas. 




Semoga bantuan seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam dapat membantu Saudara Seislam kita menjalani kehidupan yang lebih baik. Hanya Allah yang dapat membalas segala keperihatinan dan kemurahan hati para penyumbang sekalian.


Mudahnya Berbuat Kebaikan. Jom Kita Kongsikan Supaya Lebih Ramai Yang Dapat Kita Bantu. Semoga Pahala Ini Terus Mengalir & Mendapat Berkat Dari Allah Swt.

Kongsikan:

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMMAD AFIQ BIN MD SHAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 24, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 24, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 24, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 24, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 24, 2022