Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN MESRA RAKYAT KELANTAN
Dimulakan pada Jan 14, 2022
RM30,586 / 20.39 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000
1187 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Marilah sama sama kita menghulurkan bantuan dalam menjayakan projek Jana Ekonomi Dan Penempatan Semula bagi golongan Fakir Asnaf, Ibu Tunggal, OKU, Tercicir Pelajaran & Warga Emas.
"Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim).
Setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Dengan ini kami dari Pertubuhan Kebajikan Mesra Rakyat Kelantan (MESRA) melancarkan kempen Projek Jana Ekonomi Dan Penempatan Semula Fakir Asnaf di Kelantan.
Kawasan tanah yang akan diusahakan untuk projek ini.
Tujuan Projek ini adalah :
1.Menjana ekonomi bagi fakir asnaf di mana pendapatan utama mereka hanyalah menoreh getah dan nelayan tasik air tawar. Justeru projek ini membantu mereka meningkatkan keupayaan menambah pendapatan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup.
2.Menyediakan pembangunan dalam pertanian, perladangan dan penternakan kepada fakir asnaf. Pihak kami akan membantu dalam menyediakan peluang pekerjaan termasuk latihan bagi meningkatkan kemahiran dan kemampuan mereka dalam bidang ini.
3.Membuka peluang kemahiran dan kerjaya untuk golongan OKU (Masalah Pembelajaran). Golongan ini memerlukan tempat yang lebih selamat untuk mereka meningkatkan keupayaan untuk terus hidup secara berdikari.
4.Membantu jana ekonomi bagi golongan ibu tunggal, golongan tercicir pelajaran dan warga emas.
Semoga bantuan seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam dapat membantu Saudara Seislam kita menjalani kehidupan yang lebih baik. Hanya Allah yang dapat membalas segala keperihatinan dan kemurahan hati para penyumbang sekalian.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Kalaborasi antara Birr Ibrahim (TPPK) & MAFI (Jabatan Pertanian)
Benih kelapa sudah mula di tanam di kebun faqir asnaf
Perkembangan kerja-kerja di tapak projek ; pemasangan pagar kuasa letrik, kerjasama dengan MAFI
Perkembangan terkini Projek Jana Ekonomi Fakir Asnaf
Kerja-kerja mencuci kawasan dan pembangunan asas di lokasi tapak jana ekonomi fakir asnaf diteruskan sesuai dengan rencana pembangunan.
Dengan izin Allah, bulan Julai 2022 akan bermulanya operasi dua teras utama dalam bidang pertanian dan penternakan.
MOHAMAD AZLI BIN RAZALI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2022
TAJUL
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2022
NOMHARY
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2022
RAZLAN ABDUL AALA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2022