ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada May 05, 2023

BANTU RAKYAT SYRIA YANG KELAPARAN DI AL HASAKAH

RM11,294 / 11.89 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM95,000

620 Penyumbang

92 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menderma sambil membantu rakyat Syria yang kelaparan di kem pelarian sekitar Ras Al-Ayn, wilayah Al Hasakah.


Program Makanan Sedunia (WFP) telah memberi amaran mengenai situasi makanan di Syria semakin meruncing dan memburuk. 12 juta rakyat Syria kini tidak tahu adakah mereka akan makan pada hari tersebut. Bilangan ini dijangka bertambah sebanyak 2.9 juta, bermaksud 70% rakyat Syria dalam kelaparan.



Keadaan ini menyebabkan malnutrisi (penyakit yang disebabkan oleh kekurangan nutrisi) dalam kalangan kanak-kanak Syria meningkat secara mendadak. Pada November 2022, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah melaporkan kes malnutrisi telah meningkat 150% dari 6 bulan yang lalu. Projek Roti Syria telah dilaksanakan oleh Iltizam selama 5 fasa dan ia bertujuan untuk meringankan beban rakyat Syria di Al Hasakah.



Iltizam melihat kebanyakan bantuan antarabangsa ditumpukan kepada rakyat Syria di Idlib dan Aleppo, manakala keadaan rakyat Syria di Al Hasakah kurang menerima perhatian meskipun keadaan mereka yang sangat buruk. Tempat perlaksanaan adalah di kem pelarian dalam negara di Ras Al-Ayn, wilayah Al-Hasakah. Wilayah ini yang menyaksikan kemarau terburuk sejak 70 tahun lalu. Sebanyak 1000 keping roti diagihkan kepada 100 keluarga pelarian. Dijadualkan 3 kali pengagihan akan dilakukan setiap minggu.



“Wahai anak Adam, Aku minta makan kepadamu, tetapi kamu tidak mau memberikan makan kepada-Ku”. Orang itu bertanya, “Wahai Tuhan, bagaimana caranya aku memberi makan kepada-Mu, sedang Engkau Tuhan penguasa alam semesta?” Allah menjawab, “Ketahuilah, apakah kamu tidak peduli terhadap seorang hamba-Ku, yakni si fulan. Ia telah datang meminta makan kepadamu, namun kamu tidak memberinya makan. Ketahuilah, sekiranya kamu mahu memberinya makan, maka kamu akan mendapati-Ku di sisinya.” 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM7.00

Jan 19, 2024

MUHAMMAD FAHMI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Jan 17, 2024

RASIDAH BINTI ABD HAMID

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM7.00

Jan 12, 2024