ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Sep 27, 2022

RAYUAN INFAQ PROJEK TELAGA AIR KEEMPAT DI SABAH

RM3,186 / 31.86 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

145 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan anda akan membantu Iltizam membina telaga air keempat, kali ini di pulau terpencil lagi miskin di Sabah dengan penduduk 100% Muslim yang bermanfaat untuk surau di pulau ini. Ayuh bantu!


PROJEK TELAGA AIR ILTIZAM

 

Pada 19 September 2022, Iltizam Relief telah melawat projek telaga air ke 3 di Pitas untuk memastikan kontraktor telah menjalankan kerja seperti dikehendaki sebelum bayaran baki 10% dilepaskan. Alhamdulillah, amat memuaskan dan yang paling penting penduduk kampung amat gembira. Terima kasih kepada anda semua yang telah menyumbang.




Alhamdulillah, setakat ini terdapat 3 projek yang telah siap dengan jayanya iaitu:


1. Projek Telaga Air 1 (Fasa 1 dan 2) di Pulau Tanjung Manawali, Sabah.

2. Projek Telaga Air 2 di Kampung Bayangan Laut, Pulau Banggi, Sabah

3. Projek Telaga Air 3 di Kampung Inaruntung, Pitas, Sabah.


Kini, kami membuka untuk bersedekah atau infaq Projek Telaga Air ke 4, insyaAllah pembinaan akan bermula setelah cukup dana.



Lawatan Ke Pulau Mandi Darah


Dari Pitas, kami telah mengambil sebuah bot dan berlayar ke Pulau Maridala atau secara rasminya dikenali Pulau Mandi Darah. Perjalanan mengambil masa 1 jam 10 minit dengan keadaan laut sedikit bergelora dan angin kuat. Di sini kami telah melawat Surau Jumaat yang sudah ada telaga air buatan sendiri dan kami juga melawat sekitar kampung. Ketua Kampung di sini memohon kita baik pulih dan naik taraf telaga air ini supaya air boleh digunakan penduduk kampung dan juga untuk kegunaan surau.


Keadaan kampung di pulau ini amat jauh dan terpencil serta dhaif. Mungkin satu pusingan pulau ini hanya 2km hingga 3km sahaja. Bayangkan dari mana mereka mencari sumber air walaupun keliling laut tetapi tidak boleh minum air laut.








Kami bercadang baik pulih telaga-telaga ini, bermula dengan membina menara tangki, memasang tangki air, memasang pam air bermotor dan kerja-kerja plumbing dan salurkan air ke rumah mengikut tarikan graviti. Pulau ini amat terpencil. Jika hendak ke bandar, paling mudah ialah ke Kudat melalui bot tetapi pelayaran dengan bot mengambil masa 5 jam. Jika angin kuat dan laut bergelora, aktiviti nelayan juga terganggu. Tanpa telaga air, mereka perlu bergantung harap dengan air hujan sahaja.



Pendapatan utama mereka adalah menjual hasil laut. Pulau ini hanya mempunyai penduduk islam. Tanpa air maka tiada kehidupan. Ramai generasi muda tidak mahu tinggal di sini kerana masalah air.


Sukakah kita pulau ini dihuni pendatang haram atau mereka yang bukan Islam?


Setiap telaga air kami di Sabah adalah yang dibina akan bermanfaat kepada penduduk kampung, masjid juga surau dan sekolah serta tadika. Setiap telaga air kami bina juga bukan sekadar telaga air, tetapi termasuk dengan menara tangki air berserta dengan pam air bermotor dan juga pagar di keliling telaga air untuk keselamatan. Lokasi kampung-kampung dibina telaga air juga di pedalaman atau pulau kecil di perairan Sabah, maka kos logistik adalah tinggi. Oleh itu, kos keseluruhan pembinaan telaga air di Sabah adalah tinggi tetapi amat berbaloi. Usaha kecil kita untuk membantu penduduk di sini supaya tidak lagi perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih. Semoga Allah menggantikan sumbangan anda semua dengan yang lebih baik.




مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah al-Baqarah: 261)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2022

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2022

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2022

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2022

Kempen Sumbangan Tamat