INFAQ UNTUK MAJLIS IFTAR RAMADHAN DAN JAMUAN HARI RAYA

RM1,645 / 16.45 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita sama-sama menyumbang untuk aktiviti surau As-Syabab sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini. Semoga Allah menerima amalan baik kita semua.


Bulan Ramadhan yang mulia ini adalah peluang terbaik untuk kita berusaha buka pintu rezeki kita seluas-luasnya dengan cara berinfaq. Dulu tunggu hari Jumaat baru nak sedekah, sebab nak dapat pahala berganda. Tapi sekarang dah masuk bulan Ramadhan, setiap hari Allah beri berganda pahala atas sedekah dan amal kebaikan yang di lakukan. Bukan setakat pahala, rezeki pun bertambah-tambah Allah bagi.


"Dan apa sahaja yang kamu dermakan,maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki" (Surah Saba': Ayat 39)



Kami Jawatankuasa Surau As-Syabab juga tidak ketinggalan untuk mempersiapkan sambutan Ramadhan kali ini. Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini jemaah boleh menunaikan solat terawih secara normal seperti sebelum wabak Covid-19 berlaku dahulu.



Tujuan kempen Infaq Ramadhan ini adalah untuk mengumpul sumbangan dari orang ramai yang sentiasa dahagakan amal kebaikan dengan pahala yang berganda. Pihak surau akan menggunakan sumbangan tersebut untuk aktiviti seperti membayar sagu hati 2 orang imam solat terawih, moreh, Majlis Iftar Ramadhan, Majlis Hari Raya Aidilfitri dan segala aktiviti surau sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Syawal. Antara kos yang terlibat adalah:


1. Sagu hati imam terawih: RM2,400

2. Iftar 2 kali sepanjang Ramadhan: RM4,600 termasuk sewa kanopi serta makanan

3. Sumbangan untuk majlis Hari Raya Aidilfitri: RM3,000




Oleh itu, kami Jawatankuasa Surau As-Syabab amat mengharapkan sokongan anda dalam menjayakan kempen ini. Jom kejar pahala di bulan yang mulia ini. Sumbangan serendah RM10 anda mungkin menjadi asbab kita akan ke syurga kelak. Bulan Ramadhan yang mulia ini adalah peluang terbaik untuk kita berusaha membuka pintu rezeki kita seluasnya dengan cara berinfaq kerana Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

PUTERA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 04, 2024

PUTERA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 25, 2024

Kempen Sumbangan Tamat