PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG RAJA HILIR

Dimulakan pada Jan 31, 2023

BINGKISAN RAMADHAN BUAT YANG TIDAK BERKEMAMPUAN

RM10,340 / 103.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

473 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh, rebut peluang bersedekah pada bulan Ramadhan ini sebanyak yang mungkin. Diharapkan sumbangan ini dapat menceriakan lagi suasana sambutan Ramadhan di Kg Raja Hilir.


Ramadhan umpama madrasah yang mendidik diri dan jiwa setiap muslim untuk memperbaiki tingkah laku dan perbuatan kita. Berpuasa pada bulan Ramadhan tidak hanya diukur menerusi usaha menahan lapar dan dahaga semata-mata. Ia menjadi medan bagi kita untuk melawan hawa nafsu yang sebenarnya menjadi musuh utama dalam diri setiap hamba Allah.




Selain itu, kita dianjurkan untuk lebih bersifat dermawan di bulan Ramadhan. Amalan bertadarus Al-Quran dan sedekah merupakan dua ibadah penting dalam usaha kita mendapat syafaat di akhirat kelak. Ramai dalam kalangan masyarakat kita tidak menyedari akan hebatnya amalan bersedekah yang mampu menjadi penyuluh tatkala menempuhi alam barzakh kelak.




Sukacita kami membuka peluang untuk anda berinfaq sempena bulan Ramadhan ini bagi menampung perbelanjaan dan kos projek yang dijalankan oleh pihak Persatuan Penduduk Kampung Raja Hilir. Sumbangan yang diterima akan digunakan untuk gotong-royong jamuan berbuka puasa bersama penduduk kampung serta mengagihkan makanan siap masak kepada yang uzur dari segi kesihatan untuk datang berbuka bersama. Kami juga akan memilih golongan asnaf sekitar untuk menerima wang ehsan manakala yang lain termasuk orang kurang upaya (OKU), ibu dan bapa tunggal menerima bantuan berupa barangan keperluan harian seperti barang basah dan kering demi mengurangkan bebanan penduduk setempat.



Kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda dalam membantu penduduk setempat ini. Selain dari menggandakan solat, membaca Al-Quran dan amalan lain, jangan pula kita lepaskan peluang untuk gandakan amalan sedekah. Kita tidak tahu adakah ini ramadhan terakhir untuk kita. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk kita manfaatkan ramadhan kali ini sebaiknya. Semoga Ramadhan anda kali ini lebih baik daripada daripada tahun-tahun sebelumnya.




Sempena Ramadhan yang mulia ini, berinfaqlah dan bersedekahlah kerana dahsyatnya ganjaran yang Allah berikan bagi mereka yang berinfaq pada bulan ramadhan yang mulia ini. Semoga Allah permudahkan urusan para penyumbang yang budiman serta menunaikan hajat kalian asbab sedekah dan infaq tuan-puan yang budiman.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat