INFAQ BANTUAN ASNAF RAMADHAN

RM800 / 26.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

54 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pahala yang melimpah dan berlipat ganda akan menjadi buah hasil dari penantian dan kesabaran ketika kita bersedekah dan berinfak. Jom sedekah!


Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang berusaha meningkatkan generasi belia yang hebat dengan memupuk semangat kesukarelawan serta meningkatkan lagi potensi belia dalam pembangunan lestari.



Bersempena dengan bulan ramadhan dan syawal yang akan tiba, PEMAAF bakal menganjurkan satu program infaq Seikat Ketupat Semangkuk Rendang yang dijangkakan berlangsung pada bulan ini. Di samping memberi hidangan ketupat dan rendang yang merupakan sebagai simbolik untuk program kali ini, PEMAAF juga akan menyampaikan barangan serta makanan lain yang diinfaqkan kepada 560 buah keluarga asnaf terpilih di 13 buah negeri seluruh Malaysia.



Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk berkongsi kebahagiaan bersama golongan kurang berkemampuan di Malaysia untuk menikmati kegembiraan hari raya yang bakal tiba serta mengajak masyarakat di Malaysia untuk melakukan amal jariah di bulan Ramadan yang mubarak ini.



Pahala derma yang diniatkan kerana Allah SWT pasti akan diterima olehNya walaupun tidak sampai kepada penerima yang diniatkan, bahkan walaupun diterima oleh orang yang tidak layak menerimanya seperti pencuri, orang kaya dan sebagainya. Sesungguhnya Allah SWT tidak mensia-siakan amalan kebajikan yang dilakukan ikhlas kerana-Nya.



Oleh itu, jika sekiranya dia berniat untuk menderma wang tersebut ke jalan Allah SWT, maka dia tentu mendapat pahala di sisi Allah SWT walaupun tidak sampai kepada penerimanya yang berhak. Hal ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


قَالَ رَجُلٌ: لَأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ، فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ، فَوَضَعَهَا فِي يَدِ سَارِقٍ، فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ: تُصُدِّقَ عَلَى سَارِقٍ فَقَالَ: اللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ، لَأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ، فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدَيْ زَانِيَةٍ، فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ: تُصُدِّقَ اللَّيْلَةَ عَلَى زَانِيَةٍ، فَقَالَ: اللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ، عَلَى زَانِيَةٍ؟ لَأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ، فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ، فَوَضَعَهَا فِي يَدَيْ غَنِيٍّ، فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ: تُصُدِّقَ عَلَى غَنِيٍّ، فَقَالَ: اللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ، عَلَى سَارِقٍ وَعَلَى زَانِيَةٍ وَعَلَى غَنِيٍّ، فَأُتِيَ فَقِيلَ لَهُ: أَمَّا صَدَقَتُكَ عَلَى سَارِقٍ فَلَعَلَّهُ أَنْ يَسْتَعِفَّ عَنْ سَرِقَتِهِ، وَأَمَّا الزَّانِيَةُ فَلَعَلَّهَا أَنْ تَسْتَعِفَّ عَنْ زِنَاهَا، وَأَمَّا الغَنِيُّ فَلَعَلَّهُ يَعْتَبِرُ فَيُنْفِقُ مِمَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ.


Maksudnya: Seorang lelaki berkata: “Aku pasti akan bersedekah.” Lalu dia keluar untuk menyampaikan sedekahnya dan memberikannya kepada seorang pencuri. Kemudian pada keesokan paginya, orang ramai bercerita tentang seorang pencuri yang telah diberikan sedekah, lalu dia menyebut, “Ya Allah, sesungguhnya segala puji-pujian hanyalah bagi-Mu, aku pasti akan bersedekah.” Kemudian dia keluar lagi untuk bersedekah dan memberikannya kepada seorang perempuan pelacur dan juga kepada seorang yang kaya-raya pula. Lalu dikatakan kepadanya, “Mudah-mudahan sedekah yang kamu berikan kepada si pencuri itu akan menghalang dirinya daripada mencuri. Adapun kepada pelacur tersebut, moga-moga dia menjaga kehormatan diri daripada perbuatan zinanya itu. Manakala kepada orang kaya itu, mudah-mudahan dia mengambil pengajaran dan menyedekahkan harta yang telah diberikan oleh Allah SWT kepadanya.”

(Riwayat al-Bukhari (1421)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM5.00

Apr 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM5.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat