Pusat Dakwah Serantau ditubuhkan pda tahun 2010 untuk memberi penerangan dan pencerahan kepada masyarakat Sabah dan Sarawak khususnya untuk membina kehidupan yang lebih baik berteraskan ajaran Islam. Selain itu, PDS juga memberi bantuan dakwah dan kebajikan bagi masyarakat yang tidak mendapat perhatian pendidikan agama Islam dari sudut formal mahupun tidak formal.

Masyarakat di pedalaman akan dibantu dan dibimbing dengan pendakwah daripada orang tempatan. Para pendakwah ini ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia. Buat masa sekarang, kami mempunyai pelajar seramai 40 orang, terdiri dari mualaf. Mereka belajar selama 3 tahun dan pulang berdakwah di kampung pedalaman Sabah dan Sarawak.

Antara kos yang ditanggung ialah :
1. Makanan 3 kali sehari percuma
2. Transport van/bas percuma untuk hadir kuliah serta program
3. Kelas agama percuma
4. Kelas latihan percuma seperti memasak, memanah, berniaga, pertanian, silat seni bela diri dan sebagainya
5. Tempat tinggal percuma
6. Kos penerbangan pergi balik percuma

Kesemua ini memakan kos yang tinggi, purata belanja yang diperuntukkan ialah sebanyak RM1.2 juta setahun. Kelebihan pendakwah dari Pusat Dakwah Serantau ialah belajar dan buat dakwah secara praktikal. Selain itu, berdakwah dengan cara fi bil hal (melalui tauladan dan perangai yang baik).

Kelebihan lain juga adalah membantu kebajikan penduduk seperti bantuan solar, bot, motosikal, pusat tadika, pusat komuniti, urusan kematian dan sebagainya. Pendakawah juga adalah seorang yang serba boleh bukan pendidikan agama sahaja malahan aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini