Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Apr 18, 2025
RM540 / 18.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
41 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kami mewujudkan program derma kewangan untuk sumbangan beras dan barangan makanan kepzada pusat jagaan sebagai satu inisiatif yang dapat membantu golongan yang memerlukan terutama penghuni rumah kebajikan dan pusat jagaan orang tua.


Matlamat program ini adalah untuk mengumpul sumbangan kewangan untuk membeli barang-barang makanan asas yang akan disalurkan kepada pusat jagaan. Sumbangan dalam bentuk wang tunai yang digunakan untuk membeli barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, makanan dalam tin, dan lain-lain.


Pihak Komuniti Ihsan akan kenal pasti pusat jagaan atau rumah kebajikan yang memerlukan bantuan, seterusnya akan melakukan kajian atau berbincang terus dengan pengurus pusat jagaan untuk memahami keperluan mereka. Pihak jawatankuasa akan mendapatkan senarai keperluan asas daripada pihak pusat jagaan untuk memastikan sumbangan yang diberikan tepat dan bermanfaat.


Akhir sekali, pihak kami akan mengatur penghantaran barangan ke pusat jagaan, pastikan bantuan disalurkan dengan telus dan tepat pada waktunya. Dengan adanya program seperti ini, ia bukan sahaja membantu pusat jagaan, tetapi juga memberi peluang kepada masyarakat untuk beramal dan berkongsi rezeki bersama yang memerlukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 23, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 19, 2025