Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM337,593 / 84.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM400,000
9761 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda: Maksudnya:
“𝐴𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑚𝑎𝑡𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎, 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑡𝑒𝑟𝑝𝑢𝑡𝑢𝑠𝑙𝑎ℎ 𝑝𝑎ℎ𝑎𝑙𝑎 𝑎𝑚𝑎𝑙𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎 𝑘𝑒𝑐𝑢𝑎𝑙𝑖 𝑡𝑖𝑔𝑎 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑟𝑎, 𝑖𝑎𝑖𝑡𝑢: 𝑠𝑒𝑑𝑒𝑘𝑎ℎ 𝑗𝑎𝑟𝑖𝑎ℎ, 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑖𝑙𝑚𝑢 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑚𝑎𝑛𝑓𝑎𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎, 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑛𝑡𝑖𝑎𝑠𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑜𝑎𝑘𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎.”
Kes-kes pengabaian ibubapa semakin meningkat. Ramai di antara mereka ini sudah tiada tempat bergantung bahkan ada yang menjadi gelandangan. Dan ada di antara mereka terpaksa tinggal secara bercampur di rumah-rumah kebajikan lain.
Pusat Jagaan Satu Warga Emas adalah sebuah penempatan yang mengkhususkan golongan warga emas wanita untuk mendapatkan perlindungan dan menjaga keperluan mereka. Kami di sini kebanyakannya adalah sukarelawan yang ingin membantu golongan ini dengan seikhlas hati.
𝑊𝑎𝑗𝑎ℎ-𝑤𝑎𝑗𝑎ℎ 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑒𝑚𝑎𝑠 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑗𝑎𝑔𝑎 𝑏𝑎𝑖𝑘 𝑑𝑖 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑖𝑛𝑖.
Lihatlah wajah-wajah ibu di sini, mereka mengharapkan adanya tempat yang membolehkan mereka untuk mendapat perlindungan dan keperluan kebajikan mereka. Harapan kami hanya untuk menaikkan semangat dan motivasi kepada golongan warga emas wanita di sini agar mereka dapat meneruskan kehidupan tanpa menghiraukan masa lampau mereka.
𝐼𝑛𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑟𝑢𝑎𝑛𝑔 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑒𝑚𝑝𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑢𝑏𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑘𝑒𝑝𝑒𝑟𝑙𝑢𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑒𝑚𝑎𝑠 𝑑𝑖 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑖𝑛𝑖.
Kami terpaksa menanggung kos-kos perubatan, makan dan minum, sewa rumah, bil utiliti, kos pengangkutan, kos untuk membaik pulih dan keperluan rumah perlindungan ini. Kos yang terpaksa kami tanggung sebulan mencecah puluhan ribu ringgit.
𝐼𝑛𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑟𝑢𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑖𝑙𝑖𝑘 𝑦𝑎𝑛𝑔 ℎ𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑛𝑒𝑚𝑝𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 2 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑛𝑔ℎ𝑢𝑛𝑖 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑗𝑎, 𝑛𝑎𝑚𝑢𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑖𝑝𝑎𝑠 𝑠𝑦𝑖𝑙𝑖𝑛𝑔. 𝑆𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎 𝑖𝑛𝑖 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑟𝑢𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑙𝑢𝑎𝑠 𝑖𝑛𝑖 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑗𝑎. 𝐴𝑛𝑑𝑎 𝑏𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛, 𝑠𝑒𝑙𝑒𝑠𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑒𝑚𝑎𝑠 𝑑𝑖 𝑠𝑖𝑛𝑖?
Antara inisiatif-inisiatif kami lakukan adalah dengan memohon bantuan daripada waris penghuni yang masih ada lagi waris dan juga orang awam di luar sana. Tetapi masih lagi tidak mencukupi untuk menampung keperluan ibu-ibu di rumah ini malah kemasukan baru di rumah ini semakin meningkat.
𝑊𝑎𝑗𝑎ℎ 𝑠𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑛𝑔ℎ𝑢𝑛𝑖 𝑑𝑖 𝑠𝑖𝑛𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑙𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝑘𝑒𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑏𝑒𝑙𝑖𝑎𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑔𝑒𝑟𝑎𝑘 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑎𝑚𝑝𝑢 𝑙𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑟𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑛𝑡𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑑𝑎 𝑑𝑖 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑖𝑛𝑖 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑗𝑎.
Jadi, kami menyeru dan memohon daripada anda semua untuk bersama-sama membantu meringankan usaha ini demi meneruskan penjagaan warga emas di sini. Sumbangan ini adalah untuk membeli keperluan asas harian, membaik pulih fasiliti di rumah ini dan membiayai kos perubatan.
“𝑂𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑙𝑎𝑛𝑗𝑎𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑤𝑎𝑘𝑡𝑢 𝑚𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑖𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑒𝑛𝑦𝑎𝑝-𝑠𝑒𝑛𝑦𝑎𝑝 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔, 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑝𝑎ℎ𝑎𝑙𝑎 𝑑𝑖 𝑠𝑖𝑠𝑖 𝑡𝑢ℎ𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑏𝑖𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 (𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑙𝑎𝑘𝑢𝑛𝑦𝑎 𝑘𝑒𝑗𝑎𝑑𝑖𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑏𝑎𝑖𝑘) 𝑡𝑒𝑟ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑝𝑢𝑙𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑑𝑢𝑘𝑎𝑐𝑖𝑡𝑎.” (Surah Al-Baqarah: 274)
Semoga dengan sumbangan anda semua dapat memberi sinar harapan untuk kami teruskan perjuangan kami untuk membela nasib warga emas disini. Mungkin dengan sumbangan ini juga, mampu melakar senyuman di wajah mereka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami