Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Mar 04, 2025
RM1,540 / 51.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
66 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, NGO Komuniti Ihsan menggerakkan inisiatif Sumbangan Iftar Bagi Pusat Penjagaan OKU. Program ini bertujuan untuk memastikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menetap di pusat jagaan dapat menikmati juadah berbuka puasa dengan selesa dan penuh kegembiraan.

Program ini merupakan satu program yang sangat penting dan besar pahalanya kerana saudara-saudara OKU kita ini adalah satu tanggungjawab dan amanah buat kita. Program ini membantu mereka yang memerlukan bantuan iaitu penghuni pusat penjagaan OKU sering menghadapi kekurangan sumber makanan dan keperluan asas.

Selain itu, ia dapat membawa kegembiraan dengan memberikan mereka rasa dihargai dan disayangi dalam bulan yang mulia ini. Kita juga dapat meraikan Ramadan bersama dan mempereratkan ukhuwah dengan berkongsi rezeki dan kasih sayang. Apa yang akan disumbangkan:
1. Pek iftar (nasi, lauk-pauk, buah, air)
2. Juadah sahur
3. Kurma & makanan ringan
4. Keperluan asas harian

"Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Marilah bersama-sama menjadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan menyantuni dan membantu golongan OKU. Setiap sumbangan anda, walaupun kecil, mampu membawa senyuman kepada mereka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SYAMINI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Mar 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 10, 2025
MOHD SAIFUDIN MD NOOR
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 10, 2025