PUSAT JAGAAN SATU WARGA EMAS

Dimulakan pada Jan 05, 2024

DANA OPERASI DAN KEMUDAHAN UNTUK KESELESAAN PENGHUNI WANITA WARGA EMAS DAN OKU

RM127,913

Telah terkumpul

4472 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mendapatkan dana operasi bagi meringankan bebanan perbelanjaan harian buat warga emas wanita yang berlindung di sini serta membantu baikpulih kerosakan yang ada di rumah jagaan.


“Izinkanlah kami untuk merasai secebis kebahagiaan dan keselesaan di rumah ini sebelum ibu pergi buat selama-lamanya tidak lama lagi..”




Pusat Jagaan Satu Warga Emas, yang berlokasi di Rawang ini diasaskan oleh seorang mualaf, Puan Alisha yang merupakan sebuah penempatan khusus bagi golongan warga emas wanita yang memerlukan perlindungan dan penjagaan kebajikan.



Kebanyakan (kini terdapat hampir 15 penghuni) penghuni wanita warga emas yang tinggal di sini tidak mempunyai waris, mangsa terabai, mangsa gelandangan dan ada juga di antara mereka yang mempunyai waris namun tidak dituntut oleh sebab masalah-masalah tersendiri malah, mereka ini kebanyakannya juga lumpuh (bedridden) dan berkerusi roda.



Untuk makluman juga, pengoperasian pusat jagaan ini adalah bergantung dengan bantuan dan sumbangan dari orang ramai, namun sudah berbulan dana untuk menampung warga emas saat ini tidak mencukupi disebabkan faktor kenaikan harga barang bekalan yang tinggi.


“Boleh ke mak nak rasa hidup selesa dan tenang dekat sini sebelum mak pergi buat selama-lamanya?”


Hati anak mana yang sanggup tengok mak yang dah berusia macam ni, lumpuh dan berkerusi roda tapi masih tak putus asa meneruskan hidup saat tiada keluarga di sisi, namun masih tetap tersenyum meniti usia yang masih ada.



Dengan keadaan mereka yang tidak cukup bekalan harian di sini serta dengan kemudahan yang banyak dah rosak dan perlu diperbaiki demi keselesaan buat ibu-ibu tua di sini, inilah sebab kenapa kami membuka ruang kepada anda di luar sana untuk sama-sama ibu-ibu tua yang memerlukan saat ini.


Dana Bantuan Operasi Untuk Kemudahan, Keselesaan dan Kelengkapan Harian Buat Warga Emas Wanita Yang Memerlukan.


Isu yang amat merunsingkan kami saat ini adalah, bekalan harian buat warga emas di sini ikutkan sudah berbulan tak cukup sehingga kami terpaksa hadkan segala bekalan yang ada malah begitu juga dengan bekalan ubat-ubatan mereka, susu kalsium dan protein, yang hanya dibeli sekiranya ada bantuan atau sumbangan yang diterima dari orang ramai oleh kerana kami kekurangan dana untuk tampung banyak perkara buat penghuni di sini.



Bukan itu sahaja, perbelanjaan untuk baik pulih kemudahan di sini juga diperlukan kerana ada beberapa bahagian di rumah ini banyak yang dah dimakan anai-anai seperti di ruangan dapur, bilik air dan bumbung di tempat makan mereka. Kami bimbang sekiranya ia lebih memudaratkan kepada penghuni di sini.



Yang lebih menyedihkan, kos sewaan rumah ini juga agak tinggi setiap bulan (lebih RM3000 sebulan). Kami bimbang jika terjadi sekali lagi dimana kami terpaksa keluar dari rumah jagaan kami sebelum ini disebabkan kami gagal membayar sewaan bulanan di sana.



Disebabkan kami ingin warga emas di sini mendapat bekalan dan penjagaan yang cukup, saya (penjaga dan pengasas) terpaksa mengorbankan semua barangan kemas demi menampung penghuni namun lama-kelamaan, untuk mengekalkan perbelanjaan bulanan sebanyak RM30,000 sebulan tidak dapat lagi ditampung oleh kami di sini.



Walaupun kami hadapi masalah dana saat ini, kami tetap tidak abaikan kebajikan warga emas di sini. Pihak jagaan bukan tidak pernah usahakan, namun kami faham dengan masalah ekonomi sekarang yang tidak menentu.


Jom Bantu Pihak Jagaan Warga Emas Berusaha Membela Nasib Ibu-ibu Warga Emas Yang Memerlukan Di Sini.


Maka, dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan oleh kerana kami mengalami tekanan untuk memikirkan bagaimana kami nak usahakan demi ibu-ibu warga emas sebelum ini sekaligus kami juga tidak lagi bimbang dengan isu-isu seperti pembayaran sewa dan sebagainya.



Semoga dengan usaha merealisasikan keselesaan dan kemudahan buat warga emas di sini, kita sama-sama dapat memberikan kebahagiaan dan kesempurnaan buat mereka jalani kehidupan di sini.


Justeru itu, pihak jagaan dengan rendah hati ingin memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman di luar sana untuk bersama-sama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak RM50 seminggu secara berterusan buat ibu-ibu di sini dengan harapan penghuni di sini kuat untuk meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang.



InshaaAllah, dengan sekecil RM50 seminggu daripada tuan dan puan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT. Aamin.


“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.”

(Surah Al-Baqarah: 274)


#JomBuatBaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 09, 2024

SOFIAH & ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 04, 2024

ISDALINAH BTE BUANG

Menyumbang sebanyak RM30.00

Oct 04, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 29, 2024