YAYASAN ENDATOE RAJ ELFATH

Dimulakan pada Aug 22, 2025

AL QURAN BAHARU UNTUK PELAJAR DI KAWASAN TERPENCIL

RM340 / 11.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom kita kirimkan mushaf sebagai hadiah terindah untuk para pencinta Kalamullah!


Sahabat Endatoe, bayangkan wajah-wajah polos anak-anak di pedalaman Aceh. Mereka duduk beralaskan tikar sederhana, membuka mushaf lusuh yang kertasnya sudah menguning, ada helaian yang mulai tanggal, bahkan ada mushaf yang sudah tidak lengkap lagi. Mereka tidak pernah meminta apa-apa selain satu perkara iaitu Al-Qur’an yang layak untuk mereka baca dan hafal.



Di rumah kita mungkin ada beberapa mushaf yang tersusun rapi di rak, sebahagian jarang disentuh. Namun, bagi mereka, satu mushaf adalah permata paling berharga, bekal untuk menyalakan cahaya iman dan ilmu dalam hidup.



“Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”

(HR. Muslim)



Satu mushaf yang anda hadiahkan hari ini bukan sekadar buku. Ia adalah jalan pahala tanpa henti, mengalir setiap kali mereka membaca, menghafal, dan mengajarkannya kepada orang lain.



Mari kita bersama-sama membuka pintu kebaikan ini. Jadilah wasilah agar anak-anak di pondok dan balai pengajian terpencil memiliki mushaf baru yang mereka dambakan. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang. Setiap sedekah anda adalah sinar harapan dan penguat hati para penuntut ilmu. Semoga Allah membalas dengan keberkahan rezeki, kesihatan, dan rahmat yang berlipat ganda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 01, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 01, 2025

MEOR ROSAZMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 30, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2025

Kempen Sumbangan Tamat