YAYASAN ACEH MORINGA CENTER

Dimulakan pada Sep 21, 2023

BERKAH JUMAAT HANTARKAN AL QURAN UNTUK PENGHAFAZ QURAN

RM420 / 14.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Memberi Al-Quran kepada penghafal pada hari Jumaat bukan sahaja perbuatan mulia yang membawa keberkatan, tetapi juga memberi peluang untuk mendapat pahala yang berlipat ganda.


Di hari Jumaat yang penuh barakah, kita berkumpul dengan hati yang penuh keikhlasan dan harapan. Hari ini, kita berdiri bersama dalam usaha murni dalam mengumpulkan sumbangan untuk tujuan yang sangat istimewa iaitu memberikan Al-Quran kepada pelajar di sini. Mereka yang telah bersusah payah menghafal dan mengamalkan firman Allah SWT.



Al-Quran adalah sumber cahaya, hikmah dan petunjuk bagi semua manusia. Bagi mereka yang menghafal Al-Quran, Al-Quran adalah teman sejati dalam perjalanan rohani mereka. Mereka telah menghabiskan banyak masa untuk menghafal dan memahami setiap ayat dan Al-Quran telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka yang tidak dapat dipisahkan.



Dalam menghimpunkan infaq ini marilah kita bersatu tekad menyumbangkan dana agar dapat membeli Al-Quran dan memberikannya kepada yang menghafal Al-Quran. Ini adalah tindakan yang akan memberi sokongan dan membantu mereka dalam menjalani kehidupan lebih dekat dengan ajaran Allah SWT.



"Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat; pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu dia dikeluarkan dari syurga." (HR. Muslim)



Sama-samalah kita mengangkat infaq ini dengan hati yang ikhlas. Bersama kita dapat merasai kegembiraan memberikan Al-Quran kepada mereka yang menghafal Al-Quran dan berkongsi ilmu yang bermanfaat. Semoga Allah SWT menerima amal soleh kita, memberi keberkatan kepada kehidupan kita, dan memberi kemuliaan di hari Jumaat yang mulia ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

JAMALUDDIN MOHD YUSOF

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

Kempen Sumbangan Tamat