YAYASAN ANGKASA

Dimulakan pada Jun 22, 2023

KEJAR KEBERKATAN DENGAN INFAQ BERQURBAN

RM90 / 3.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Zulhijjah ini bulan yang pernuh kerahmatan dan kerberkatan dengan bersedekah. Ayuh kita semua bantu mereka!


Zulkaedah sudah berlalu pergi dan berganti pula dengan Zulhijah yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam. Bulan Zulhijjah atau lebih dikenali sebagai bulan untuk ibadah haji cukup bermakna buat umat Islam seluruh dunia. Ibadah haji adalah di mana seluruh umat Islam dijemput untuk menjadi tetamu Allah. Mereka berkumpul di Baitullah untuk melakukan rukun-rukun haji seperti yang disyariatkan dalam agama Islam. Dari Ibnu ‘Abbas RA. bahawa Nabi SAW. bersabda:


"Tidak ada hari dimana amal soleh pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu : Sepuluh hari dari bulan Zulhijah. Mereka bertanya : "Ya Rasulullah, tidak juga jihad fisabilillah?" Beliau menjawab : Tidak juga jihad fisabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun.” (HR Bukhari)



Dapat dikatakan bahawa sedekah memang sudah menjadi ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ. Adapun Allah SWT benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Allah menjanjikan banyak keutamaan dari bersedekah khususnya di bulan Zulhijah. Yayasan ANGKASA dengan tulus menjemput anda sekeluarga untuk memanfaatkan peluang di bulan yang barakah ini.



Bersedekah adalah salah satu usaha kita untuk menjemput keberkatan. Setiap Jumaat di bulan Zulhijjah yang penuh barakah. Sedekah ikhlas anda sekeluarga mungkin menggalakkan doa anda sekeluarga yang sedang berjuang di langit! Bersama kami, anda sekeluarga akan bersama-sama memuliakan bulan ini dengan membantu orang yang paling disayangi oleh Nabi ﷺ.



Marilah kita berkongsi rezeki kepada pelajar-pelajar universiti yang kurang berkemampuan di bawah tajaan Yayasan ANGKASA dan akan menerima manfaat melalui bantuan kewangan. Kami menyasarkan pelajar yang kurang berkemampuan dan InsyaAllah mereka akan dapat menerima manfaat ini. Ayuh, inilah masanya untuk menyebarkan kebaikan dan akan menjadi simpanan di dunia dan akhirat.



Yayasan ANGKASA mendoakan saudara-saudari dan sekeluarga. Semoga Allah menerima dan meninggikan darjat segala jenis ibadah yang dilakukan oleh kita pada bulan Zulhijah ini, khususnya sedekah yang diberikan. Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmatNya. Sungguh, Allah jua lah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH HAJJAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

FATIMAHANIZAN BT A RAHMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

Kempen Sumbangan Tamat