SEDEKAH DAGING QURBAN ANAK YATIM DAN PELAJAR TAHFIZ

Dimulakan pada:
17 Apr, 2025
SEDEKAH DAGING QURBAN ANAK YATIM DAN PELAJAR TAHFIZ
100.22%
RM6,013
/RM6,000
281
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

“Belum Mampu Qurban Tahun Ini? Alhamdulillah, Anda Masih Ada Ruang Untuk Memberi & Mendapat Pahala Sedekah Daging Qurban”
Sedekah anda mungkin satu-satunya peluang mereka rasa daging qurban untuk kali pertama. Jom ambil bahagian dalam sedekah qurban buat golongan anak yatim, pelajar tahfiz serta dan mereka yang memerluka...
“Belum Mampu Qurban Tahun Ini? Alhamdulillah, Anda Masih Ada Ruang Untuk Memberi & Mendapat Pahala Sedekah Daging Qurban”


Sedekah anda mungkin satu-satunya peluang mereka rasa daging qurban untuk kali pertama. Jom ambil bahagian dalam sedekah qurban buat golongan anak yatim, pelajar tahfiz serta dan mereka yang memerlukan. Ibadah korban sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan. Bahkan, Rasulullah SAW sendiri telah bersabda:




Wajah anak yatim tersenyum apabila mereka mendapat daging segar setelah sekian lama mereka inginkannya.


Namun, pasti ada antara kita yang belum mampu untuk beribadah qurban secara sempurna walaupun mempunyai keinginan untuk membuat kebaikan kepada orang lain. Semua sudah ada dalam perancangan, cuma tinggal duit saja belum cukup.



Bersama PPIM, kami menggalakkan anda bersedekah daging qurban serendah RM10 sahaja. Pelaksanaan Qurban akan dibuat di Malaysia. Sasaran agihan kepada lebih 25 pusat anak yatim, 20 pusat pelajar tahfiz serta kepada mereka yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.



Wajah-wajah kegembiraan anak yatim yang dapat menerima sumbangan daging Qurban.

“Qurban yang terbaik dan tiada khilaf adalah di tempat sendiri”. Menurut Dr. Zaharuddin Abd Rahman, pakar syariah Malaysia. 



MasyaAllah, sambil kita bersedekah kami mengharapkan dengan sumbangan ini mampu mengenyangkan perut dan membawa kebahagian kepada mereka yang mungkin tidak pernah merasa lauk daging qurban.


"Barang siapa memberi makan kepada seorang mukmin hingga kenyang dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga..." (HR. Thabrani)



Lembu-lembu sihat dan besar yang akan diqurbankan.


Sedekah qurban adalah sedekah daging yang kita buat pada hari raya qurban. Walaupun ia bukan seperti ibadah qurban 1 bahagian lembu atau 1 ekor lembu, tetapi pahala sedekah akan tetap diperolehi. Inilah peluang anda kumpul pahala berganda:


1. Pahala Qurban

2. Pahala Sedekah

3. Pahala beri makan

4. Pahala bantu anak yatim & penuntut ilmu


Mungkin anda tidak percaya tapi masih ramai diantara mereka yang tidak pernah berpeluang untuk makan daging segar qurban.




“Kalaulah kita dapat makan daging 3 kali seminggu. Alangkah baiknya sebahagian rezeki yang kita dapatkan ini dapat dirasakan kepada anak-anak yatim. Semoga usaha seperti ini juga membuka mata kita semua untuk bersedekah Qurban. Insya-Allah.


- Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al Bakri (Mantan Mufti Wilayah Persekutuan)




Kenapa patut sertai kempen ini?


1. Ibadah Qurban dilakukan di Malaysia.

2. Ibadah Qurban terbaik adalah di tempat sendiri & tiada khilaf

3. Memberi peluang mereka makan daging qurban segar

4. Agihan telus, amanah & ada bukti serta laporan



Bagi yang berkemampuan, kami mengalu-alukan pendaftaran ibadah qurban anda di Malaysia serendah RM785 sebahagian lembu dan serendah RM4,890 untuk 1 ekor lembu di laman sumbangan.com.


“Jangan tunggu esok”


Mungkin hari ini peluang Allah nak beri pahala besar pada anda. Sedekah Qurban anda mungkin satu-satunya “Qurban” dalam hidup mereka.


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

KHAIRIL MUZZAMMIR BIN ABDULLAH SANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jun 06, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAK PENYEDIAAN KABIN PENGURUSAN JENAZAH BERGERAK
BERI MAKAN WARGA EMAS DHUAFA
RAYUAN KECEMASAN BANTU MANGSA BANJIR DAN TANAH RUNTUH
SEDEKAH BANTU ORANG TUA YANG HIDUP DALAM KEMISKINAN
DERMA BERAS UNTUK WARGA EMAS
Kempen Sumbangan Tamat