ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada May 08, 2023

BANTUAN DAGING KORBAN UNTUK PENDUDUK MISKIN YAMAN

RM65 / 0.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM95,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan biar saudara kita kelaparan. Berjuta-juta yang menderita kesusahan dan beribu-ribu mati kelaparan. Ceriakan mereka dengan korban. Mereka pasti akan tersenyum bilamana menerima daging korban.


Tahukah anda bahawa negara Yaman sedang dilanda perang sejak tahun 2015. Peperangan di antara kumpulan Militan Huthi dan tentera Pakatan Arab yang diketuai oleh Arab Saudi. Konflik ini, untuk pengetahuan anda, ianya telah memasuki tahun yang ke-8. Jadi dah bertahun lamanya negara Yaman ini masih belum aman.



Terlampau banyak kerosakan dan kejatuhan ekonomi sepanjang peperangan ini berlaku. Selain itu, terdapat kenaikan harga petrol, harga barangan dan harga makanan dan bantuan-bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan telah disekat dari darat, laut dan udara oleh Perikatan Tentera Arab yang dipimpin Arab Saudi dalam menentang pemberontak Houthi. Dalam masa yang sama, pemberontak itu sendiri turut menyekat segala bantuan-bantuan yang disampaikan kepada penduduk dan lebih pasti ia menyukarkan lagi kehidupan rakyat Yaman.



Krisis kebuluran di Yaman bukan hal biasa atau boleh dipandang remeh. Ini adalah soal nyawa umat Islam, saudara seagama yang sangat memerlukan bantuan. Kesempitan hidup memaksa mereka untuk hidup dalam serba daif ke tahap, ada yang terpaksa makan daun daun.



Bayangkan lebih 18 juta penduduk Yaman sekarang sedang berdepan dengan krisis kebuluran, malah kehausan akibat kekurangan air bersih yang amat meruncing.



Jutaan umat Islam di sana mengalami kesukaran untuk hidup, kelaparan. Malah turut disebut oleh UN bahawa negara Yaman mereka lihat sebagai krisis kemanusian yang terburuk di dunia yang mana tidak pernah berlaku dalam sejarahnya.



Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyantuni penduduk Yaman dan bersimpatilah terhadap mereka terutama kanak-kanak yang kurang gizi atau kurang zat atau ibu-ibu yang sedang menyusukan anak. Ia boleh dikatakan majoriti rakyat Yaman ini semua berbadan kurus dan ada yang kurus kering, tidak sama seperti di negara-negara Arab yang lain. Tambahan pula, negara Yaman ini merupakan negara yang termiskin di rantau Arab.



Jadi melalui makanan berdaging sedekah korban anda inilah yang akan membantu mereka untuk membina tubuh yang lebih sehat dan berdaya tahan.



Pendek kata, keperluan kemanusiaan di Yaman berada pada tahap tertinggi. Dengan kesan perubahan iklim, termasuk konflik yang berpanjangan ia berkemungkinan akan terus menghantui mereka dengan segala kenaikan kos dan sebagainya.



Berkorban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS kepada anaknya Nabi Ismail AS bagi memenuhi perintah Allah SWT. Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” (Riwayat al-Tirmizi 1493)



Setiap tahun, di bulan Zulhijjah, umat Islam di seluruh dunia akan menjalankan ibadah korban yang sangat dituntut dalam Islam. Ia juga merupakan satu ibadah sunat yang sangat disukai Allah. Pelaksanaan ibadah korban dijalankan pada hari Nahar 10 Zulhijjah dan hari Tasyrik pada 11–13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.


Ganjaran Ibadah korban yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanakan ibadah ini. Ini kerana, ibadah korban merupakan sunat muakkad iaitu yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi orang yang menepati syarat-syarat berkorban berdasarkan firman Allah SWT:


فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ


“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Al-Kauthar 108:2)



Akhir sekali, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan petunjuk dalam melaksanakan perkara-perkara ketaatan kepada Allah SWT dan seterusnya melayakkan kita untuk mendapatkan syurga Firdaus yang paling tinggi di akhirat kelak. Sokongan anda dapat memberi harapan buat keluarga memerlukan di Aidiladha ini. Dalam masa yang sama, kita terus berdoa agar negara kita sentiasa dirahmati dan dilindungi daripada segala bentuk ancaman.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 12, 2023

SITI HAJAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 12, 2023

AZLI.AZREEN AMIR HAMZAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat