ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada May 08, 2023

QURBAN AKIKAH KONGSI KEBERKATAN DI GAZA BERSAMA ILTIZAM RELIEF SOCIETY

RM3,856 / 4.06 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM95,000

212 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami di Iltizam membuka peluang untuk bersama-sama menyertai ibadah qurban di Gaza Palestin bersama Iltizam Relief Society. Jom Sama-sama rebut peluang Ini.


Tidak ada sesuatu yang lebih dicintai Allah pada zaman qurbani (Udhiyah) daripada menyembelih binatang. Haiwan yang dikorbankan hendaklah datang pada hari qiyamah dengan tanduk, rambut dan kukunya (untuk ditimbang amal soleh seseorang). Korban itu diterima Allah sebelum darahnya sampai ke tanah. Oleh itu, berkorbanlah dengan hati yang terbuka dan gembira.


‏ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ


"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)." (Al-Kauthar 180:2)



لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ ‎


"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." (Al-Hajj 22:28)



Kempen ini dilancarkan untuk membantu keluarga fakir miskin di Gaza Palestin menikmati keberkatan haiwan qurban Aidul Adha seperti biri-biri, kambing atau lembu untuk qurban. Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana yang mencukupi untuk menyediakan sebanyak mungkin haiwan kepada keluarga yang memerlukan di Gaza, Palestin.


Rancangan kami untuk sadaqah qurban di Gaza Palestin. Kos setiap haiwan, purata RM11,000 (lembu) cukup untuk memberi makan kepada 60-70 keluarga. Di sini seekor kambing RM2300, cukup memberi makan kepada 15-20 keluarga.



Dermalah serendah RM10 atau mana-mana jumlah pilihan anda.


Setiap sumbangan kepada kempen sedemikian akn memberi impak yang ketara dalam kehidupan keluarga ini yang mungkin tidak mempunyai akses kepada keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan. Dengan menderma kepada kempen qurban yang dikendalikan oleh kami Iltizam Relief Society.



Ayuh kita jadikan kempen ini lebih bermakna dan lebih baik untuk meraikan keluarga di Gaza, Palestin, pada sambutan Aidil Adha akan datang. Kemurahan hati yang ditunjukkan dapat membantu memastikan keluarga ini dapat menyertai perayaan penting ini dan merasai kemeriahan dan keberkatan sambutan raya Aidil Adha.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM5.00

Jun 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat