ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada May 17, 2023

QURBAN AQIQAH KONGSI KEBERKATAN AIDILADHA DI KEMBOJA

RM45 / 0.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami di Iltizam telah berpengalaman dalam misi Qurban Aqiqah di Kemboja semenjak 2012 lagi. Ayuh sertai Qurban & Aqiqah di Kemboja bersama Iltizam.


Sertai Iltizam Relief dalam menjayakan kempen ini, kami menyasarkan untuk memberi makan kepada 20,000 orang atau 5000 keluarga pada Aidiladha ini.


Firman Allah SWT.


‏ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ‎﴿٢﴾


"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)." (108:2)



Kampung terpencil di Wilayah Cham & Thom


Pada tahun 2023 ini, Iltizam Relief Society menganjurkan Program Qurban Aqiqah Kemboja di dua kampung majoriti Muslim, dua kawasan tersebut adalah Kampung Ampil, Wilayah Cham dan Kampung Trabeng Chukk, Wilayah Thom. Harga bagi sebahagian lembu adalah RM390 (RM2,730 seekor), manakala harga bagi seekor kambing adalah RM850.



Tambahan pula, kami juga amat mengalu-alukan jika para penyumbang ingin membuat sedekah qurban serendah RM10. Kutipan sedekah ini akan dikumpulkan untuk membeli binatang qurban dan disedekahkan daging tersebut kepada golongan yang memerlukan dan layak menerimanya.



Perlaksanaan ibadah korban dan akikah di Kemboja pada tahun ini telah memasuki tahun yang ke -12. Bermula 2012 hingga kini masih aktif bersama masyarakat Kemboja.



Kenapa Harus Kemboja?


Kadar kemiskinan di Kemboja turun daripada 33.8 peratus kepada 17.8 peratus dalam tempoh sepuluh tahun hingga 2019/2020, dengan hampir 2 juta rakyat Kemboja melarikan diri daripada kemiskinan. Ini adalah usaha untuk menjadikan Kemboja, ke arah Kemboja yang lebih inklusif dan berdaya tahan. Walaupun begitu, sejak 2020, kadar itu telah meningkat sebanyak 2.8 mata peratusan, menunjukkan bahawa sekitar 460,000 orang telah jatuh di bawah ambang pendapatan kemiskinan.



Ayuh sertai kami dalam meramaikan lagi kempen Ibadah Qurban Aqiqah di Kemboja supaya mereka dapat menikmati keberkatan Qurban ketika Hari Raya Aidiladha.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 22, 2023

ELYNA

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat