ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada May 03, 2023

SEDEKAH QURBAN MALAYSIA

RM150 / 0.62 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM24,150

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sedekah korban seikhlas hati. Daging qurban akan dihadiahkan kepada golongan sasar yang memerlukan.


Zulhijjah adalah satu lagi bulan yang diberkati oleh Allah, selain melaksanakan ibadah haji bagi yang mampu dan sambutan Aidiladha, kita juga dituntut menyembelih haiwan korban di bulan ini.



Setiap tahun Iltizam Relief melaksanakan ibadah korban di tempat-tempat tertentu yang dipilih, iaitu tempat yang jarang dibuat korban tetapi ramainya umat Islam yang kadang-kadang sahaja merasai daging segar.


Untuk Malaysia tahun ini, sasaran kami adalah korban di pulau terpencil di Sabah. Ini kerana, aktiviti utama di pulau-pulau ini adalah nelayan miskin yang amat jarang dapat makan daging, apatah lagi daging segar. Antara pulau ialah Pulau Nunuyan Laut, Sandakan. Tahun lalu kami buat program korban di Pulau Banggi, Sabah. Alhamdulillah, kami dapat sembelih 7 ekor lembu.



Golongan sasar kedua, jika ada rezeki lebih, akan dilaksanakan korban di kampung yang ramai penoreh getah seperti di Kedah dan Kelantan. Ini kerana penoreh getah terjejas kerana harga getah rendah, harga barang pula naik dan cuaca tidak menentu. Cuaca panas menyebabkan susu getah kurang, hujan di petang pula menyebabkan mereka tidak dapat menoreh. Sebulan secara purata mereka hanya boleh menoreh tidak lebih dari 11 hari sahaja.



Jumlah terkumpul ini, akan kami tempah seekor lembu dan sembelih pada Hari Raya Korban dan dihadiahkan kepada orang miskin. Namun, ini tidak dikira daging korban, tetapi matlamat kita untuk memberi daging segar tetap tercapai.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 21, 2023

KHAIRIL MUZZAMMIR BIN ABDULLAH SANI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 16, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat