ACT FOUNDATION

Dimulakan pada May 30, 2022

BERKONGSI KEGEMBIRAAN AIDILADHA BERSAMA SAUDARA ROHINGYA

RM300 / 10.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Sedekah qurban terbaik bagi saudara Rohingya yang terkesan.


Rohingya ialah salah satu kumpulan etnik yang paling teraniaya saat ini. Bagaimana tidak, mereka terpaksa hidup dalam pelarian setelah terusir dari negara sendiri kerana ketidakadilan yang dirasai di tanah air mereka. Gangguan, pembunuhan, penganiayaan, sering berlaku kepada mereka. Mereka terdampar tanpa tujuan yang pasti untuk mencari suaka ke negara lain. Tidak sedikit juga yang menolak kehadiran mereka.



Selama bertahun-tahun, saudara Rohingya terkurung dalam intimidasi yang tidak berkesudahan. Nasib mereka seakan-akan terperangkap dalam ugutan dan mimpi terburuk iaitu pembasmian etnik atau genosida. Qadarullah, sekalipun telah mendapat suaka, tidak membuat derita mereka segera berakhir. Derita demi derita kian mereka rasai setelah kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh terbakar berturut-turut di awal tahun dalam 2 tahun terakhir yang menyebabkan lebih 5,000 pelarian kehilangan tempat tinggal.




Tidak jauh berbeza bagi saudara Rohingya yang terpaksa bertahan di negara sendiri, Myanmar. Mereka menjadi ‘pelarian’ di negara sendiri, setelah kira-kira 1,200 kem pelarian mereka dibakar oleh tentara mereka. Ia menyebabkan pergerakan mereka di Myanmar amat terhad dan pelbagai akses makanan dan kesihatan juga dihadkan. Kelaparan akan menjadi ancaman terusan bagi saudara Rohingya.



Kerana itu, ayuh bersama membantu saudara Rohingya bertahan dari semua derita yang mereka rasai selama ini dengan berkongsi daging korban. Percayalah korban anda amat ditunggu oleh saudara kita Rohingya yang kelaparan di kem-kem pelarian.


Jadikan Aidiladha ini sebagai momentum mendekatkan diri pada Allah SWT dan untuk berkongsi kebahagiaan hari raya kepada saudara Rohingya. Setiap daging sembelihan korban anda akan diagihkan ke saudara-saudari Rohingya yang berada di kem-kem pelarian di Arakan, Myanmar dan di kem Cox's Bazar, Bangladesh.



Jangan risau, sejak 2012, Aksi Cepat Tanggap (ACT) telah berjaya mengagihkan amalan korban para penderma kepada saudara kita ke seluruh kawasan yang kurang berkemampuan di seluruh dunia. Pastikan saudara-saudari Rohingya kita boleh rayakan Idul Adha tahun ini dengan rasa gembira!  Ayuh, tunaikan korban terbaikmu sekarang!


“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan qurban” (HR. Tirmidzi)


Terma dan syarat

Kami menerima pesanan qurban anda sebelum 9 Julai 2022 11.45 AM Waktu Indonesia Barat.

- Harga termasuk yuran operasi, sosialisasi, perolehan haiwan, penyembelihan, pengedaran, pemantauan, dokumentasi dan laporan.

- Qurban Global - ACT diberi kuasa untuk menentukan kawasan pengedaran, untuk menetapkan keutamaan kepada kawasan yang paling memerlukan.

- Qurban Global – ACT diberi kuasa untuk menukar qurban/udhiyah seekor kambing kepada 1/7 bahagian lembu, khususnya kes seperti kambing itu tidak tersedia di lokasi yang disasarkan.

- Penyembelihan hendaklah dilakukan pada 9 hingga 12 Julai 2022

- Jumlah urus niaga yang di bawah harga haiwan qurbani akan dianggap sebagai derma sebagai Sadaqah Qurbani dan akan terkumpul bersama Sadaqah Qurbani yang lain. Laporan itu akan dianggap sebagai awam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 06, 2022

MUHAMMAD ARISH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 31, 2022

Kempen Sumbangan Tamat