ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada May 22, 2023

SUMBANGAN SAMBUTAN AIDILADHA BUAT YANG TIDAK BERKEMAMPUAN

RM70 / 0.35 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Projek ini diharapkan dapat memberi sinar kebahagiaan kepada pelarian untuk menyambut Aidiladha dengan gembira dan selesa.


Hari Raya Qurban merupakan acara penting bagi umat Islam di seluruh dunia di mana mereka memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan mengagihkan daging kepada fakir dan miskin. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan keluarga Rohingya, perayaan ini sangat mencabar untuk disambut kerana kekangan kewangan dan akses terhad kepada daging segar.



"Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat." (Hadis riwayat Muslim)



Pelarian Rohingya di Cox's Bazar Bangladesh sedang menghadapi krisis ekonomi yang meruncing. Keadaan ini diburukkan lagi dengan akses yang terhad kepada keperluan asas dan bantuan kewangan yang semakin berkurangan. Program Makanan Sedunia (WFP) yang selama ini memberikan bantuan dan sokongan kepada para pelarian mula memotong dan mengurangkan bantuan sejak kebelakangan ini kerana kekurangan sumber dana.



Situasi ini menyebabkan ramai daripada pelarian Rohingya berada dalam keadaan terdesak dan membimbangkan. Pelarian Rohingya yang selama ini bergantung kepada bantuan untuk memenuhi keperluan asas mereka termasuk makanan dan tempat tinggal mula terasa kesan daripada pemotongan ini. Kekurangan peluang untuk menjana pendapatan juga telah memberi kesan yang amat besar kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.




Ramai keluarga Rohingya bergelut untuk meraikan perayaan dengan kegembiraan sama seperti umat Islam yang lain. Daging segar adalah sumber penting protein dan nutrien yang mungkin tidak dapat dinikmati oleh kebanyakan pelarian Rohingya.



Dengan menyediakan daging segar, projek Korban & Akikah pada tahun ini dapat menyumbang kepada kesejahteraan pemakanan keluarga terutamanya kanak-kanak dan orang tua. Cadangan Projek Korban & Akikah 1444H ini bertujuan untuk memberikan sokongan yang amat diperlukan kepada pelarian dan komuniti Rohingya di Myanmar dan Bangladesh.




Projek ini juga mengiktiraf kepentingan berkongsi dan mengambil berat sesama saudara seagama pada Hari Raya Qurban dan bertujuan untuk membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan. Semoga Projek Korban & Akikah 1444H ini dapat meringankan beban kewangan keluarga dan membolehkan mereka menyambut perayaan Aiduladha dengan penuh bermaruah dan gembira.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SOHAYA BINTI ZAINUDDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jun 02, 2023

SOHAYA BINTI ZAINUDDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat