SEDEKAH QURBAN UNTUK SAUDARA ISLAM KITA YANG KURANG BERNASIB BAIK

RM285 / 0.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh bersama kita bersedekah dan berkongsi rezeki dengan saudara Islam kita yang kurang bernasib baik. Semoga Allah menerima sedekah dan amalan kita semua.


Ibadah korban adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut. Ibadah korban adalah tanda kita bersyukur atas rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Hal yang paling penting ialah bersyukur dengan berkorban dan seterusnya berkongsi kesyukuran itu dengan mereka yang memerlukan.


Kebiasannya kami akan melakukan ibadah Qurban ini setiap tahun, namun diseabkan oleh pandemik, ianya tertangguh hampir 2 tahun. Namun situasi kini berbeza dan perlaksanaan ibadah qurban dibolehkan dengan SOP yang lebih longgar berbanding sebelumnya.


Berikut merupakan aktiviti yang kami lakukan pada tahun 2019, sebelum pandemik melanda seluruh dunia.






InshaAllah tahun ini kita akan bersama kembali dalam memastikan kita dapat melaksanakan ibadah Qurban ini dan diharap kempen ini akan berjaya. Anggaran RM 30,000 tersebut akan digunakan untuk membeli 4 ekor lembu dan 2 ekor kambing untuk disedekahkan kepada masyarakat Islam di Sibu dan juga buat saudara baru yang ramai di Sibu.


Jom, bersama kita bersedekah dan berkongsi rezeki dengan saudara Islam kita yang kurang bernasib baik. Semoga Allah menerima sedekah anda semua sebagai amalan dan dapat mengukir senyuman kepada mereka.



Allah melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah.


Allah SWT berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ



Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jun 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022

Kempen Sumbangan Tamat