Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
LEMBAGA PENDIDIKAN AL QUR'AN AL HUDA
Dimulakan pada Apr 29, 2025
RM295 / 1.23 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM24,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tidak lama lagi, kita akan menyambut bulan haji dengan penuh kegembiraan. Ia merupakan kegembiraan yang istimewa bagi sebahagian saudara kita apabila tibanya bulan haji kerana dalam sambutan bulan haji terdapat satu sunnah yang sangat dianjurkan dan pahalanya sangat istimewa iaitu menyembelih haiwan korban. Sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ:
“Tidak ada amalan anak cucu Adam pada hari penyembelihan yang lebih Allah sukai daripada menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban), sesungguhnya pada hari kiamat binatang ini akan datang lengkap dengan tanduk, kuku dan bulunya. Sesungguhnya darah itu akan sampai kepada Allah – sebagai korban – di mana sahaja binatang itu disembelih sebelum darahnya sampai ke tanah, maka relakanlah menyembelihnya.” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Di kesempatan yang mulia ini, LPQ Al Huda mengajak semua untuk berkongsi kegembiraan bersama anak yatim, pelajar tahfidz dan orang awam yang tidak senasib dengan kita sekarang. Mungkin ada antara kita yang boleh makan daging pada bila-bila masa, tanpa menunggu tibanya hari raya korban. Ada di antara saudara kita yang hanya boleh makan daging semasa Hari Raya Korban.

Justeru, melalui program sedekah daging korban ini, kami bercadang untuk mengagihkan daging korban kepada anak yatim, pelajar tahfidz dan orang awam termasuk pasukan pengagihan daging korban. Insya-Allah, sumbangan Tuan/Puan mampu mencipta senyuman gembira buat mereka di Hari Raya Haji tahun ini.


Tahun ini InsyaAllah LPQ Al Huda menyasarkan sekurang-kurangnya 3 ekor lembu untuk diagihkan kepada anak yatim, pelajar tahfidz dan orang awam. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memudahkan kita menunaikan ibadah korban pada tahun ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 29, 2025