YAYASAN ANGKASA

Dimulakan pada Nov 03, 2022

SEDEKAH JUMAAT BULAN RABIULAKHIR FASA 1

RM1,300 / 43.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

71 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Rabiulakhir ini. Bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan bersedekah. Ayuh kita semua bantu mereka!


Rabiul Akhir (ربيع الآخر) adalah bulan keempat mengikut Taqwim Hijrah (kalendar Islam). Pada zaman dahulu, bulan-bulan seperti ‘Rabi-awal’ dan ‘Rabi-thani’ menandakan “musim bunga” yang merujuk kepada musim pertumbuhan tanaman bijirin di Timur Tengah. Bulan ini yang merupakan tanaman dan tumbuhan telah sampai ke penghujung dan kemuncak bagi tanam-tanaman mengeluarkan bunga. Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga seiring dengan musim luruh dan sebelum tibanya musim sejuk.  RabiulAkhir atau Rabiul Thani yang bermakna musim bunga yang kedua dan terakhir tidak semestinya dikaitkan dengan keadaan musim bunga sebenarnya, kerana ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.


Di dalam hadith-hadith Rasulullah SAW terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda antaranya, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah SWT akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.

(Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass)



Bersedekah adalah salah satu usaha kita untuk menjemput keberkatan. Setiap hari di pada hari jumaat barakah dalam bulan Rabiulakhir. Sedekah ikhlas anda sekeluarga mungkin menggalakkan doa anda sekeluarga yang sedang berjuang di langit! Bersama kami, anda sekeluarga akan bersama-sama memuliakan bulan Rabiulakhir dengan membantu orang yang paling disayangi oleh Nabi ﷺ.



Marilah kita berkongsi rezeki kepada pelajar-pelajar IPT yang terdiri daripada golongan miskin, B40 dan anak yatim di seluruh negara di bawah tajaan Yayasan ANGKASA yang akan menerima manfaat melalui bantuan kewangan. Kami mensasarkan pelajar yang kurang berkemampuan dan InsyaAllah mereka akan dapat menerima manfaat ini. Subhanallah, alangkah berkahnya! Ini adalah panggilan Allah. Ayuh, inilah masanya untuk menyebarkan kebaikan dan InsyaAllah akan menjadi simpanan di dunia dan akhirat.




Yayasan ANGKASA mendoakan saudara-saudari dan sekeluarga agar Allah menerima dan meninggikan darjat segala jenis ibadah yang dilakukan oleh kita pada bulan ini. Khususnya sedekah yang diberikan. Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmatNya. Sungguh, Allah jua lah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. Semoga Allah memakbulkan doa, perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan melancarkan rezekimu dan keluarga.


Sumbangan yang saudara-saudari hulurkan kepada Yayasan ANGKASA layak mendapat potongan cukai Lembaga Hasil dalam Negeri di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7796). Jika memerlukan resit tersebut, diminta WhatsApp, 018-355 0515 (En. Muhd Fawwaz), Pegawai Promosi dan Perkembangan Yayasan ANGKASA.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat