Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Dec 05, 2022

JOM KITA TUNAIKAN PERMINTAAN ADIK RAFIQ KE TANAH SUCI

RM11,078 / 100.71 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM11,000

322 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami menyeru orang ramai mengambil bahagian dalam usaha merealisasikan impian anakanda Rafiq untuk melakukan ibadah umrah. Sekecil-kecil sedekah yang anda sumbangkan ini sangat bermakna buat beliau.


"Along nak sembuh seperti sediakala. Along nak berjalan semula..Along nak bantu Mama..."


Begitu sayu hati kami mendengar rintihan hasrat beliau agar Allah SWT kurniakan syifa (kesembuhan). Subhanallah begitu kuat hasrat beliau agar Allah SWT makbulkan doa beliau dikurniakan kesembuhan dan kesempatan untuk sihat seperti sediakala supaya dapat membalas segala budi ibunda beliau yang telah melahirkan dan membesarkan beliau dihadapan Kaabah nanti.




Anakanda Rafiq mempunyai hasrat yang sangat mendalam iaitu melaksanakan ibadah umrah di Kota Suci Mekah. Sepanjang diduga sakit 'misteri' selama lebih 2 tahun terlantar ibunya juga lah yang telah berkorban menjaga dan merawat beliau.



Alhamdullilah, dengan izin Allah SWT, Persatuan Pengguna Islam Malaysia bekerjasama dengan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd terpanggil untuk melaksanakan kempen sedekah umrah buat anakanda Muhammad Rafiq Bin Reezuan. InsyaAllah kempen ini dilaksanakan dengan tujuan mencari dana bagi merealisasikan impian anakanda Rafiq yang sedang sakit dan juga tidak berkemampuan menampung kos bagi melaksanakan ibadah umrah. InsyaAllah dana ini juga adalah bagi menampung perbelanjaan anakanda Rafiq dan juga seorang pengiring disamping perbelanjaan sepanjang beliau melaksanakan ibadah umrah di Kota Suci.


“𝐒𝐞𝐝𝐞𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐩𝐮𝐬 𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐚𝐢𝐫 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐝𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐢“

(𝐇𝐑. 𝐀𝐭-𝐓𝐢𝐫𝐦𝐢𝐝𝐳𝐢)



Marilah kita sama-sama membantu dan memberikan kesempatan buat anakanda Rafiq iaitu saudara kita yang tidak berkemampuan dan diuji sakit supaya dapat beliau menunaikan umrah buat kali pertama sepanjang hidupnya. Jumlah yang diperlukan untuk kempen ini hanyalah sebanyak RM25000 termasuk dengan segala kemudahan dan tempat penginapan sepanjang beliau di Kota Suci.



Anda boleh menyumbang serendah RM10 di kempen ini. Kami menyeru orang ramai untuk sama-sama menyumbang dan mengambil bahagian dalam usaha merealisasikan impian anakanda Rafiq untuk melakukan ibadah umrah. Sekecil-kecil sedekah yang anda sumbangkan ini amat bermakna buat beliau yang begitu teringin menunaikan umrah. Semoga dengan sumbangan daripada anda ini dapat dipermudahkan segala urusan anda dunia dan akhirat.


“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Inilah saham akhirat yang modalnya sangat kecil kita laburkan, tetapi untung kita kutip di akhirat kelak. Insyaallah, mudah-mudahan setiap sumbangan yang kita berikan akan menjadi pemberat timbangan dan dapat menyelamatkan kita dari siksa api neraka. Amin ya rabb.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI

Jumlah: 57

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 22, 2022

Kempen Sumbangan Tamat