Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Dec 05, 2024
RM125 / 4.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
7 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Ikan merupakan salah satu makanan utama dalam hidangan harian kita. Ikan mengandungi banyak nutrien yang membawa banyak manfaat kepada kesihatan manusia.
Hampir setiap individu sedar akan khasiat ikan kepada kesihatan tubuh. Ikan turut mengandungi kandungan protein yang tinggi yang sangat baik untuk ketumbuhan badan dan diperkaya dengan omega-3 yang yang amat baik untuk kecerdasan minda terutama bagi anak-anak tahfiz ini yang sedang menghafal Al-Quran.

Kenaikan harga barangan sekarang ini, ia telah memberi kesan kepada semua pihak, tidak terkecuali kepada warga tahfiz di sini. Sehubungan itu, kami ingin mengajak muslimin dan muslimat untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi memastikan para pelajar muslimah di maahad tahfiz kami mendapat makanan yang mencukupi dan berkhasiat terutama ikan segar ini yang menjadi makanan harian kepada semua orang.

Oleh kerana, itu pihak maahad mengajak insan-insan yang budiman agar sama-sama dapat memberi sumbangan infaq ikan segar kepada para pelajar di sini yang kebanyakan mereka daripada kalangan anak yatim dan asnaf ini.
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

Akhir kata, mari kita raih pahala dan mendapatkan kelebihan yang Allah SWT sediakan untuk hamba-hambanya yang beramal soleh semasa di dunia ini dengan sebab berinfaq dan bersedekah kerana Allah. Mudah-mudahan dengan asbab amal sedekah ini kita akan mendapat keampunan, keberkatan dan rahmat-Nya di dunia dan di akhirat kelak.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
NORIMI BINTI ABDUL WAHAB
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 06, 2024
MOHD FUAD BIN ABDUL HAZIZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 06, 2024