Sejak turun-temurun, komuniti Cham yang menghuni pesisir sungai Bassac di sana bergantung kepada hasil sungai dan kerja kecil-kecilan sebagai sumber rezeki. Sungai bukan sekadar punca pendapatan, tetapi sebahagian daripada budaya, iman, dan kehidupan seharian mereka.
Namun, dari hari ke hari, kehidupan semakin mencabar. Dengan hasil tangkapan ikan yang semakin berkurangan. Menjadikan pendapatan harian tidak menentu. Kebanyakan keluarga bergantung kepada kerja harian tanpa simpanan dan tanpa perlindungan sosial. Apabila pendapatan terhenti dan dengan harga barang makanan yang sentiasa meningkat, ia menjadi perkara pertama yang terjejas.
Menjelang Ramadan, ada keluarga yang terpaksa mengurangkan hidangan, melangkau sahur, atau berjimat agar anak-anak masih boleh makan. Bulan yang sepatutnya membawa ketenangan, bermula dengan kegusaran.

Bersama Keluarga Cham Sepanjang Ramadan Ini
Ramadan ini, kami bekerjasama dengan rakan kerjasama kami, Persatuan Amal Graduan Islam Kemboja (CACIG) yang dipercayai untuk menyediakan Pek Makanan Ramadan kepada keluarga Muslim Cham yang memerlukan di Kampung Cham Leu, Daerah Kaoh Thum di Wilayah Kandal.
Dengan RM160, anda boleh menyediakan satu pek makanan lengkap yang menyokong sebuah keluarga sepanjang bulan Ramadan. Pek ini mengandungi barangan asas tempatan yang biasa digunakan untuk menyediakan hidangan iftar dan sahur.

Imam Izzudin al-Izz bin Abd al-Salam menjelaskan kelebihan memberi makan kepada orang berpuasa:
“Barang siapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa sepanjang tahun, maka dia akan memperoleh ganjaran seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.” (Maqasid al-Saum, hlm. 18)

Ramadan ini, sumbangan anda boleh membantu keluarga yang bergantung pada sungai untuk terus berpuasa dengan tenang. Berikan makanan. Ringankan beban. Jadilah sebab sebuah keluarga berbuka dengan rasa lega dan harapan.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini