Sumbangan serendah RM10 amat bermakna buat kami di Surau Al-Ikhwan, Taman Lembah Maju, Ampang. Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama mencetak pahala dengan membantu mereka yang memerlukan.

Surau kami merupakan sebuah surau flat yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Setiap kali tibanya Ramadan, kami sering menghadapi cabaran kewangan untuk menganjurkan pelbagai program bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini. Jemaah kami tidak ramai, dan sumbangan yang diterima juga masih belum mencukupi bagi menjayakan aktiviti seperti ceramah mingguan, majlis berbuka puasa, serta bantuan kepada golongan asnaf dan memerlukan.

Misi Ihya’ Ramadan Surau Al-Ikhwan
Bagi memastikan Ramadan kali ini lebih bermakna buat semua, kami berhasrat untuk menganjurkan pelbagai program bermanfaat seperti:
1. Tazkirah Ramadan – Penceramah jemputan akan berkongsi ilmu dan peringatan bagi meningkatkan amalan sepanjang Ramadan.
2. Majlis Khatam Al-Quran – Menghargai para jemaah yang istiqamah dalam membaca Al-Quran sepanjang bulan mulia ini.
3. Majlis Berbuka Puasa & Agihan Bubur Lambuk – Mengukuhkan ukhuwah dengan berbuka bersama masyarakat serta mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar.
4. Bantuan Kepada Golongan Asnaf – Menyampaikan sumbangan dalam bentuk barangan dapur dan keperluan harian kepada mereka yang memerlukan.

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, baik lelaki mahupun perempuan, dan yang meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan (ganjarannya) bagi mereka, dan mereka akan memperoleh pahala yang mulia."
(Surah Al-Hadid, Ayat 18)
Sumbangan anda bukan sahaja membantu menghidupkan Ramadan di Surau Al-Ikhwan, malah menjadi bekalan pahala yang berterusan buat anda. Bersama kita jadikan Ramadan ini lebih bermakna!
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini