Di bandar Nawabshah, Hyderabad dan Larkana di wilayah Sindh, ratusan kanak-kanak OKU menerima rawatan dan terapi di pusat pemulihan kendalian rakan kerjasama kami, National Disabilities and Development Forum (NDF). Di sebalik setiap anak-anak istimewa ini, ada keluarga yang berjuang dalam diam.

Apabila OKU dan Kemiskinan Bertemu, Ramadan Jadi Lebih Berat
Ramadan adalah bulan rahmat dan ketenangan. Daripada 703 keluarga, 252 keluarga dikenal pasti sebagai miskin dan memerlukan. Ada ibubapa dengan pendapatan tidak menentu, ada yang terpaksa berhenti kerja kerana menjaga anak OKU adalah tanggungjawab sepenuh masa. Menjelang Ramadan, persoalan mereka bukan kemewahan. Cukupkah makanan untuk iftar dan sahur sambil terus menjaga anak mereka?

Ramadan Ini, Jom Kita Berdiri Bersama Mereka
Kempen Ramadan Pakistan ini memberi tumpuan kepada bantuan makanan untuk keluarga miskin yang menjaga anak OKU di bawah kelolan NDF. Dengan sokongan anda, mereka boleh menjalani Ramadan dengan sedikit ketenangan, tanpa kebimbangan harian tentang makanan. RM 160 dapat menyediakan Pek Makanan Ramadan untuk 1 keluarga sepanjang sebulan. Kandungan Pek Makanan:
1. Tepung
2. Beras
3. Kacang dal / lentil
4. Cili kering
5. Minyak masak
6. Garam
7. Teh
8. Gula
9. Kurma
10. Mancis
Makanan asas, tetapi kelegaan besar buat keluarga yang sudah terbeban.

Lebih daripada sekadar makanan, sumbangan anda membawa kelegaan emosi dan kewangan kepada ibu bapa, memberi kekuatan untuk mereka berpuasa sambil menjaga anak OKU, menghadirkan ketenangan menjelang waktu berbuka, serta menanam keyakinan bahawa mereka tidak pernah bersendirian. Jadilah sebab sebuah keluarga menyambut Ramadan dengan harapan.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini