PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUAFAKAT BAKRI

Dimulakan pada Apr 11, 2023

BANTUAN KEPERLUAN KELUARGA ASNAF DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN

RM395 / 1.32 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

25 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sempena 10 malam terakhir Ramadan 1444 Pertubuhan Kebajikan Muafakat Bakri ingin menyediakan keperluan barangan asas untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.


Kita jarang ada kerisauan dalam berbelanja untuk kehendak seharian, tetapi mereka berkira-kira untuk membeli keperluan asas sampai terpaksa mencatu rezeki seharian. Hanya makanan yang asas mampu mereka penuhi untuk keluarga, sampaikan keperluan penjagaan diri sering terabai. Kita adalah harapan mereka.



Sempena 10 malam terakhir Ramadan 1444, Pertubuhan Kebajikan Muafakat Bakri mengambil inisiatif membantu keluarga asnaf dan golongan memerlukan dalam menyediakan barangan asas. Projek Kasih Asnaf 2023 mendapat sokongan dan kerjasama dari pelbagai NGO seperti PAPISMA yang turut menjayakannya.



Pertubuhan Muafakat Bakri menyasarkan 160 orang keluarga untuk dibantu pada fasa terakhir bantuan. Setiap keluarga akan mendapat barangan asas beserta beras 5kg. Kami menganggarkan kutipan untuk Projek Kasih Asnaf 2023 sebanyak RM30,000 bagi membolehkan bantuan ini berjaya disalurkan kepada yang memerlukan. Oleh itu, kami ingin mengajak anda bersama-sama kami menjayakan kempen ini bagi meringankan beban mereka untuk menyara kehidupan seharian. 


Ayuhlah, sambut seruan menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan bantuan anda. Rasulullah SAW. bersabda:


“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad)


Jom #BuatBaik! 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat