Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAR SOLIHIN MUAR
Dimulakan pada Mar 04, 2025
RM670 / 13.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
32 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Pertubuhan Kebajikan Dar Solihin Muar mengajak anda untuk bersama-sama menyemarakkan ibadah melalui Kempen Infak Kasih Ramadan Bersama golongan asnaf dan keluarga yang memerlukan. Kami memerlukan sumbangan ikhlas dari anda bagi membantu gerak kerja yang sedang dilakukan sepanjang bulan Ramadan.

Oleh itu, ini adalah inisiatif kami setiap tahun pada Bulan Ramadan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan. Ramadan kali ini kami menyasarkan untuk menyumbang 500 set beras kepada 500 penerima asnaf kami yang memerlukan di sekitar Muar dan Bakri. Kempen ini merangkumi pengumpulan beras dan barangan asas seperti tepung, minyak masak, gula, dan barangan kering yang penting untuk kehidupan seharian mereka.


Kempen infaq ini adalah peluang untuk kita membantu golongan yang memerlukan dengan menyediakan makanan berkhasiat. Ia bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi juga menjadi amalan mulia yang menjanjikan keberkatan dan pahala berlipat ganda di dunia dan akhirat.

Marilah kita bersama-sama mengumpulkan niat yang tulus untuk berinfak, kerana setiap sumbangan yang kita lakukan tidak hanya akan mengubah hidup orang lain, tetapi juga mendekatkan kita kepada Allah. Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa kita memanfaatkan setiap detik dengan kebaikan. Ingatlah, amalan yang dilakukan dengan ikhlas di bulan yang penuh keberkatan ini akan mendapatkan ganjaran yang sangat besar.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 17, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 10, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 08, 2025