YAYASAN AL HUDA MUSI RAWAS

Dimulakan pada Feb 22, 2024

SEDEKAH BERAS DAN MAKANAN BERKHASIAT KHAS UNTUK ASNAF DAN OKU

RM1,684

Telah terkumpul

65 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menanam saham akhirat dengan sedekah beras dan makanan berkhasiat untuk asnaf dan OKU!


Assalamualaikum wbt anda yang dirahmati Allah SAW. Bulan suci Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Sebagai amalan untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SAW serta membina rasa keprihatinan sosial khususnya kepada warga emas dan OKU dengan menyumbangkan beras dan makanan berkhasiat sebagai pengambilan nutrisi kepada mereka yang memerlukan.




Selalunya kita berdepan dengan masyarakat secara amnya yang mengalami masalah ekonomi yang serius, dan kebanyakan orang yang kita temui berasal dari golongan ekonomi menengah ke bawah yang dalam keadaan lain sangat memerlukan bantuan makanan asas terutama pada bulan Ramadan.



Pengagihan beras dan makanan berkhasiat ini dirancang akan diadakan sebelum Ramadan tiba dan juga sepanjang Ramadan. Diharapkan dengan program ini ramai orang akan dibantu dalam memenuhi keperluan asas, bukan sahaja di bulan Ramadan. Jika seseorang berpuasa di tengah-tengah kemiskinan atau pun kefakiran, sudah tentu ia akan menjadi sangat sukar, terutama puasa tanpa sahur dan berbuka.




Hadis tentang kemiskinan yang menghampiri kekufuran, sebagaimana sabda Rasullullah SAW:


كَادَ اْلفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا  


Maksudnya: "Kemiskinan itu hampir kepada kekufuran."




Anda semua yang dirahmati Allah SAW sebagai mukmin yang sejati, sudah tentu kita akan tergerak untuk menyelamatkan akidah saudara seagama di mana sahaja mereka berada, dengan apa sahaja yang termampu dan diamanahkan oleh Allah. Melalui kempen ini, kami pihak penganjur mengajak anda semua untuk menyisihkan sedikit rezeki yang dititipkan Allah kepada insan yang memerlukan khususnya saudara seagama.



"Sesiapa yang memberi makan seorang mukmin sehingga dia kenyang kelaparan, Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dapat dimasuki orang lain." (HR. Thabrani)


Dengan kedatangan bulan Ramadhan, semoga segala amalan kita dilipatgandakan oleh Allah SAW dan ibadah Ramadhan kita akan khusyuk hingga ke akhirnya, insyaAllah. Amin!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 09, 2024

LATIFAH RAFII

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

FARAH ATHIRAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 08, 2024

Kempen Sumbangan Tamat