INFAQ MAKANAN DAN MINUMAN PALESTIN RAMADHAN DAN SYAWAL 1445H

RM4,370 / 29.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

64 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh rakyat Malaysia, saudara di Gaza memerlukan bantuan kecemasan terutamanya sokongan kewangan untuk bantuan makanan dan minuman menjelang Ramadhan dan Syawal. Jom bantu saudara kita!


Saban hari, saudara kita yang berada di bumi Palestin berada dalam keadaan yang sangat berbahaya. Mana tidaknya mereka terdedah kepada bahaya di mana bila-bila sahaja bom ataupun serangan daripada puak zionis Israel. Tidak banyak yang boleh kita lakukan di sini selain daripada menghantar bekalan makanan ataupun wang ringgit untuk keperluan membeli barang keperluan mereka di sana.



Sehingga kini, kita masih mengharapkan bahawa gencatan senjata akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini agar seluruh rakyat Palestin dapat beribadah dengan tenang bersama keluarga tersayang. Penyaluran bantuan makanan dan minuman masih sangat diperlukan pada masa ini berikutan apa yang terjadi di sana sangat-sangat luar biasa hasil serangan pihak zionis.



Keadaan terkini di mana ramai di antara mereka terpaksa tinggal di tanah lapang berikutan struktur banggunan yang tidak selamat untuk diduduki lagi

Sumbangan yang berterusan ini haruslah kita konsisten laksanakan kerana pada ketika ini, pihak Zionis terus membedil kawasan orang awam sehinggakan saban hari, jumlah yang meninggal dunia dan cedera terus meningkat. Biarlah dengan jihad kecil kita ini, ianya akan menjadi saksi di akhirat kelak yang kita tidak membiarkan saudara kita di Gaza bersendirian melawan musuh yang kejam tersebut.


Bukan hanya dengan kita memboikot sahaja, namun sumbangan dan bantuan berterusan kepada saudara kita di Palestin turut perlu dilaksanakan agar mereka dapat terus bertahan. Pembelian buah kurma dan juga makanan yang boleh tahan lama dan mudah untuk dimakan akan menjadi keutamaan agar dalam apa juga situasi pun, saudara kita di Palestin masih boleh makan dengan tanpa perlu masak makanan tersebut.


Dengan sokongan dari masyarakat khususnya kita di Malaysia, kita dapat membantu mangsa di Gaza menghadapi cabaran yang sukar dan memberikan mereka harapan untuk pemulihan dan kehidupan yang lebih baik. Sumbangan kewangan anda adalah langkah penting ke arah membantu mereka yang sangat memerlukan. Terima kasih atas sokongan anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Apr 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 08, 2024

Kempen Sumbangan Tamat