YAYASAN ANGKASA

Dimulakan pada Apr 01, 2022

BULAN RAMADHAN KITA BERSEDEKAH

RM3,050 / 6.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

195 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Ramadhan ini, bulan yang pernuh kerahmatan dan kerberkatan dengan bersedekah. Ayuh kita semua bantu mereka!


Sedekah di bulan Ramadhan — bulan yang istimewa dan penuh berkah.


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang segala pahala dari setiap amal perbuatan dilipatgandakan oleh Allah SWT. Bulan yang penuh bonus – bonus kebaikan, dan ampunan, sehingga banyak manusia berlumba-lumba untuk menjadi versi terbaik di Bulan Ramadhan tahun 2022.


Yayasan ANGKASA dengan tulus menjemput anda sekeluarga untuk memanfaatkan peluang di bulan yang barakah ini. Adakah kita ingin mencari keampunan dan keredhaan-Nya bersama?



Rasulullah pernah bersabda, "Barangsiapa memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, ia berhak atas pahalanya tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa." (HR Ahmad dan Tirmidzi)


Sehingga dapat dikatakan bahawa sedekah memang sudah menjadi ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ. Adapun Allah SWT benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Allah menjanjikan banyak keutamaan dari bersedekah khususnya di bulan Ramadhan.


Bersedekah adalah salah satu usaha kita untuk menjemput keberkatan. Setiap hari di bulan Ramadhan pada hari Jumaat barakah, dan khususnya pada salah satu malam yang sangat istimewa, iaitu malam Lailatul Qadar. Allah SWT akan mengampuni dosa dan mengabulkan doa bagi yang meminta kepada-Nya.


Wallahuallam. Sedekah ikhlas anda sekeluarga mungkin menggalakkan doa anda sekeluarga yang sedang berjuang di langit!


Bersama kami, anda sekeluarga akan bersama-sama memuliakan bulan Ramadhan dengan membantu orang yang paling disayangi oleh Nabi ﷺ.

Kongsi kepada pelajar-pelajar Universiti Awam dan Swasta yang terdiri daripada golongan miskin, B40 dan anak yatim di seluruh negara melalui bantuan kewangan dan seramai 1000 pelajar penerima manfaat untuk program ini. Ayuh, walaupun hanya RM10, akan menjadi simpanan di dunia dan akhirat!





Bantuan pendidikan bernilai RM12,000.00 yang telah disalurkan kepada salah seorang pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam, hasil sumbangan daripada orang ramai.




Mengambil dar kitab Minhajul Muslim yang ditulis oleh Abu Bakar Jabir Al Jazairi, Nabi Muhammad ﷺ bersabda:


"Sedekah yang paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan." (HR Tirmidzi).

Jazakumullah Khayran. Yayasan ANGKASA mendoakan saudara-saudari dan sekeluarga, semoga Allah menerima dan meninggikan darjat segala jenis ibadah yang dilakukan oleh kita pada bulan Ramadhan ini, khususnya sedekah yang diberikan.

Sumbangan yang saudara-saudari hulurkan kepada Yayasan ANGKASA layak mendapat potongan cukai Lembaga Hasil dalam Negeri di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7796). Jika memerlukan resit tersebut, diminta WhatsApp, 018-355 0515 (En. Muhd Fawwaz), Pegawai Promosi dan Perkembangan Yayasan ANGKASA.

Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmat-Nya. Sungguh.. Allah Azza wa Jalla jua lah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. Semoga Allah memakbulkan doa, perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan melancarkan rezekimu dan keluarga, Amin Allahuma Amin.




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2022

Kempen Sumbangan Tamat