Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN USAHAWAN WANITA DAN KEUSAHAWAN AGRO
Dimulakan pada May 30, 2022
RM25,084 / 100.34 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000
902 Penyumbang
Kempen Berjaya
Assalamualaikum WBT. Para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi, kami di Persatuan Usahawan Wanita dan Keusahawan Agro (WEAGRO) terpanggil untuk menjalankan kempen kutipan “Dana Rawatan Umar Rizqi.
Penyakit Sacral Agenesis atau Caudal Regression Syndrome merupakan gangguan kongenital yang jarang berlaku dengan anggaran 1 hingga 2.5 kes bagi 100,000 bayi yang dilahirkan. Keadaan itu disebut sacral agenesis kerana sakrum tulang berbentuk segitiga yang menghubungkan tulang belakang ke pelvis hanya sebahagiannya berkembang atau tidak berkembang sama sekali.
Adik Umar Rizqi dilahirkan tanpa saraf tunjang dengan keadaan tulang belakangnya tidak bercantum habis hingga ke pinggul. Ia menyebabkan adik Umar kehilangan sebahagian tulang belakangnya dan berlakunya risiko lain yang menjejaskan kesihatannya.
Antara risiko lain yang dihadapi oleh adik Umar adalah terpaksa membuang air besar melalui perut (stoma) dan sebelah cuping telinganya kecil. Keadaan bentuk fizikal kedua belah kaki yang tidak normal (kecil dan halus) menyebabkan adik Umar tidak boleh berjalan seperti kanak-kanak normal yang lain. Adik Umar hanya boleh merangkak untuk bergerak dan tulang belakangnya juga bengkok. Biarpun adik Umar dilahirkan tidak sempurna, ibunya, Puan Azrina berkata, Umar adalah anugerah terindah yang Allah titipkan kepadanya untuk dijaga.
Adik Umar sudah menjalani 3 pembedahan dalam tempoh sebulan selepas dilahirkan yang menyebabkan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk membuat lubang najis (fistula). Kini adik Umar perlu menjalani rawatan susulan Hospital Kuala Lumpur selain beberapa siri rawatan di Hospital Klang. Hasil kutipan dana ini akan digunakan untuk membayar kos rawatan susulan adik Umar. Ibu bapa adik Umar amat memerlukan bantuan kita bagi membantu meringankan beban mereka bagi menampung kos rawatan susulan tersebut.
ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Riwayat al-Bukhari)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Sambutan Hari Jadi Adik Umar Rizqi
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 13, 2022