DANA RAWATAN JANTUNG ADIK FALAH

RM25,010 / 100.04 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

917 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala dengan membantu adik Falah yang memerlukan bantuan untuk rawatan jantungnya. Semoga adik Falah mampu menjalani kehidupan seperti yang lain, amiin.


Assalamualaikum wbt. Para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi, kami di Persatuan Usahawan Wanita dan Keusahawan Agro (WEAGRO) terpanggil untuk menjalankan kempen kutipan “Dana Rawatan Jantung Adik Falah”.

Umum tahu bahawa kesihatan jantung amat penting untuk anggota badan kita. Jantung adalah organ yang membantu pengaliran darah kurang oksigen ke peparu untuk penambahan oksigen dan jika mempunyai masalah, pengaliran oksigen terhalang dan mampu menjadi ancaman termasuklah risiko maut.


Adik Falah, Muhammad Falah Al Aisy yang berusia 5 tahun ini menghidapi penyakit jantung berlubang dan memerlukan rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN). Adik Falah ini mengidapi penyakit jantung acyanotic atrial likely septal defect iaitu lubang dalam dinding atas jantung. 




Hasil kutipan dana ini akan digunakan untuk membayar kos rawatan pembedahan jantung yang adik Falah bertarikh 22 Mei 2022. Ibu bapa adik Falah amat memerlukan bantuan kita bagi membantu meringankan beban mereka bagi menampung kos pembedahan tersebut. 

ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”

(Riwayat al-Bukhari)


Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah. Ayuh, marilah kita sama-sama membantu meringankan beban keluarga adik Falah ini. Semoga dengan sedekah pemberian kita ini kita dapat sedikit sebanyak pahalanya dan semoga Allah SWT merahmati kita semua.


Jom menyumbang di sumbangan.com.





Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 10, 2022

Kempen Sumbangan Tamat