RAWAT ASNAF UZUR DAN BERPENYAKIT

RM910 / 30.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu pakcik yang menderita penyakit kulit dengan menyumbang bersama Ikrar Bantu. Keutamaan lain membantu orang kesulitan dan kesusahan, maka Allah akan meringankan bebannya pada Hari Kiamat.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semasa Ikrar Bantu bergerak menyantuni masyarakat dan asnaf, kami kerap kali bertembung keadaan warga emas dikalangan asnaf yang amat uzur, masalah pergerakan, penglihatan dan kesihatan yang menurun.



Sebagai contoh, dalam Ikrar Bantu menyampaikan kerusi roda baru-baru ini, kami bertemu seorang pakcik yang menderita penyakit kulit yang kelihatan telah mula melarat dan tidak dirawat dengan baik, sekadar ubat yang dibeli di farmasi malah ubat tersebut tidak sesuai dengan sakit yang dideritainya. Disebabkan keadaan beginilah Ikrar Bantu terpanggil untuk menggerakkan kempen demi membantu warga emas yang menghadapi nasib sebegini rupa.



Dalam kes pakcik tadi, Ikrar Bantu akan menggerakkan sukarelawan untuk membawa pakcik ini ke pusat kesihatan dan mendapatkan rawatan yang sempurna dan gotong royong untuk membersihkan keadaan tempat tinggal pakcik tersebut. Jumlah yang tepat untuk rawatan masih belum dikatahui, namun sasaran adalah RM3000.00 terlebih dahulu, bukan ini pakcik tersebut sahaja tetapi juga untuk warga emas lain yang menghadapi nasib sedemikian rupa dan terbiar.



Dari Sayyidina Abu Darda', yaitu 'Uwaimir radhiyallahu 'anhu berkata: "Saya mendengar Baginda Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu."

(HR Abu Daud)


Dalam riwayat lain disebutkan:

Ummu Salamah radhiyallahu 'anha meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam ketika dalam keadaan sakaratul maut bersabda: "Jagalah sholat, jagalah sholat, dan orang-orang lemah di antaramu"

(HR Ahmad)


Moga sumbangan tuan/puan akan dimasukkan dalam amal semasa dihisab nanti. Salam kasih daripada Ikrar Bantu. Jazakallahu khairan kathira.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM300.00

Oct 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 30, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2022

Kempen Sumbangan Tamat