Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN PENEMPATAN DAN PEMULIHAN PENJARA (PEMAAF)
Dimulakan pada Feb 21, 2023
RM360 / 0.72 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
21 Penyumbang
Kempen Berakhir!
UBAHLAH CARA ANDA BERSEDEKAH SETIAP HARI
Yakinlah Dengan Janji Allah Tentang Manfaat Bersedekah
Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) berhasrat untuk mengadakan Program santuni Anak-anak Kesayanganku dengan mengunjungi di beberapa rumah anak yatim demi mengeratkan hubungan di antara anak muda serta beberapa bekas pesalah penjara yang telah berubah dalam membantu anak-anak yang kehilangan orang yang tersayang. Solusi yang kami perlukan adalah:
1. Kumpul dana untuk membeli pakaian raya untuk anak yatim.
2. Kumpul dana untuk membeli barang keperluan raya.
3. Kumpul dana mencukupi setiap bulan untuk anak yatim dengan masalah kesihatan.
Dengan kerjasama pelbagai pihak serta masyarakat dalam program ini menunjukkan bukti kerjasama langsung yang baik antara PEMAAF dan agensi-agensi kerajaan. Program ini adalah berkonsepkan keluarga bahagia iaitu setiap peserta perlu menerapkan amalan kasih sayang terhadap anak-anak syurga ini supaya mereka merasai erti sebenar sebuah keluarga dan kasih sayang seorang abang dan kakak selain daripada bapa.
Ia juga menyuntik kesedaran untuk menyumbang dan menyantuni anak-anak syurga dalam kalangan skuad PEMAAF dan orang ramai selain menjadikannya sebagai tanggungjawab masyarakat terhadap kerja-kerja kemasyarakatan yang mesti dipupuk serta disemai sebagai suatu budaya yang menjadi teras kemakmuran negara.
Antara objektif penganjuran ini ialah sebagai wahana bagi ahli pemaaf membina jaringan dan kerjasama korporat yang lebih baik dan dinamik demi menyediakan perkhidmatan kebajikan yang lebih efisien kepada golongan sasaran di Kedah. Antara lainnya adalah sebagai platform untuk mendidik bekas pesalah penjara yang penyayang, berbuat baik kepada anak yatim dan memberi ruang kepada mereka bukannya mengambil kesempatan terhadap mereka bagi menjana kesenangan atau keuntungan peribadi atas nama anak yatim.
Diharap dengan usaha PEMAAF untuk menyuntik semangat berkebajikan ini, lebih ramai penyumbang menyalurkan bantuan sama ada dari segi wang ringgit mahupun barangan supaya program ini dapat diperbesarkan lagi pada masa akan datang selain dapat memberikan manfaat kepada semua pihak khususnya asnaf, anak yatim, masyarakat dan rakyat Kedah keseluruhannya.
InsyaAllah semoga dengan sumbangan anda akan memudahkan lagi urusan anak anak yatim dan memberi ganjaran pahala yang berterusan mengalir selagi mana ianya digunakan dan dimanfaatkan. InsyaAllah perjalanan rumah anak yatim ini akan berjalan lancar dengan adanya sumbangan yang berterusan daripada pihak anda semua. Oleh yang demikian, hulurkanlah sedikit sumbangan ikhlas anda untuk membantu kami dalam meraikan anak yatim ini Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 02, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 25, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Feb 24, 2023