RAYUAN KECEMASAN BANJIR SABAH

Dimulakan pada:
27 Feb, 2026
RAYUAN KECEMASAN BANJIR SABAH
2.87%
RM574
/RM20,000
32
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Sabah banjir lagi dengan jumlah mangsa kembali meningkat atas 5 ribu orang. Ayuh infaq untuk kami hulurkan bantuan terutamanya kepada umat Islam yang sedang berpuasa.

Ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, saudara-saudara kita di Sabah terus bergelut dengan fenomena banjir luar biasa. Ayuh kita hulurkan bantuan dan ringankan beban mereka.

Banjir besar yang melanda utara Sabah sehingga 27 Februari 2026 telah menyebabkan seramai 5,532 individu daripada 1,943 keluarga terjejas, seperti dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Mangsa dari Beaufort, Pitas, Kota Marudu, Paitan dan Tenom kini ditempatkan di 27 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Di Beaufort sahaja, seramai 1,456 individu daripada 510 keluarga terjejas. Keadaan banjir ini mewujudkan keperluan mendesak untuk bantuan segera, khususnya bagi umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.

PERKIM akan melancarkan misi bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa, khususnya di Beaufort dan berkemungkinan diperluaskan ke kawasan-kawasan lain yang turut terjejas.

Ayuh bersama PERKIM hulurkan sumbangan dan doa buat mangsa banjir di Sabah. Bantuan anda hari ini mampu meringankan beban mereka.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

20 Mar 2026

Alhamdulillah, 18/3/2026 ketika umat Islam masih berpuasa, PERKIM BTP telah menyampaikan sumbangan barang dapur untuk 34 keluarga mangsa banjir di Kg Labi, Beaufort, Sabah.

Kami diberitahu oleh sukarelawan kami di sana, setiap kali banjir di Beaufort, kampung ini tercicir dari apa-apa bantuan kerana kedudukannya terpinggir. Oleh kerana Hari Raya pun menjelang tiba, sumbangan ini dapat meringankan sedikit kerugian dialami dari banjir tersebut.

Terima kasih atas sumbangan anda semua.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 17, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2026
BIBISABJAN BINTI MOHD KHAN
Menyumbang sebanyak RM24.00
Mar 13, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 12, 2026
NOORATIKA BINTI ZAINAL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 06, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SELAMATKAN MASA DEPAN RIBUAN ANAK YATIM
DANA PEMBELIAN RUMAH PERLINDUNGAN UNTUK PENEMPATAN KEKAL ANAK YATIM DAN ASNAF
TAJAAN BANTUAN MAKANAN, PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEPADA ANAK YATIM, ASNAF DAN HUFFAZ
SEDEKAH MAINAN UNTUK PELAJAR TADIKA
PROGRAM BANTU KEBUTUHAN DAN PENDIDIKAN ANAK YATIM PIATU
Kempen Sumbangan Tamat