RAYUAN BANTUAN SEGERA MANGSA BANJIR TERKINI

RM155 / 1.03 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

11 Penyumbang

29 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Rayuan bantuan segera untuk mangsa banjir terkini. Kami memohon kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk bersama kita membantu mangsa banjir di seluruh negara.


Persatuan Misi Keamanan dan Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (BANTU) melancarkan kempen sumbangan segera dalam usaha membantu rakyat yang terkesan dengan banjir terkini di seluruh negeri.



Hujan berterusan berserta peralihan monsun timur laut dan juga banjir di negara jiran memungkinkan banjir bertambah buruk terutama negeri di sempadan dan juga banjir kilat di beberapa negeri lain. Sukarelawan BANTU bersama pelbagai pihak dalam usaha menyalurkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa yang terkesan banjir.



Marilah bersama kita membantu mengurangkan sedikit kesusahan mereka yang terlibat dengan banjir. Semoga sedikit sumbangan yang diusahakan ini akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa terbabit.




Sekecil apapun sedekah yang dihulurkan dengan ikhlas akan besar nilainya di sisi Allah SWT. Sokongan, kerjasama dan sumbangan dari semua amatlah dihargai.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 27, 2025