ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Aug 13, 2025

RAYUAN UNTUK BANTUAN SUSU BAYI DI GAZA

RM2,310 / 4.62 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

103 Penyumbang

44 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Selamatkan 50 bayi dan ibu di Gaza Utara dengan susu formula dan vitamin. Bantuan anda beri peluang hidup, hentikan tangisan lapar, dan pulihkan kesihatan mereka.


Di Gaza Utara, krisis kelaparan paling buruk sedang berlaku. Tetapi kami di Iltizam tetap meneruskan projek dapur lapangan kami. Sebanyak 1,000 pek makanan telah diberikan setiap hari. Terima kasih kepada anda yang memberikan sumbangan untuk projek ini.




Kini kami bergerak untuk melaksanakan projek baru iaitu Projek Susu untuk Ibu dan Bayi di GazaMasalah utama kini ialah susu bayi hampir mustahil untuk didapati. Ramai ibu terlalu lemah akibat kekurangan makanan sehingga tidak mampu menyusukan anak.


Projek ini bertujuan menyelamatkan 50 bayi dan ibu mereka di tiga hospital utama iaitu Al-Rantisi Pediatric Hospital, Al-Sahaba Hospital, dan Public Service Hospital dengan menyediakan:

1. 8 tin susu formula setiap bulan untuk setiap bayi (RM200 sebulan)

2. Sebotol vitamin penting untuk ibu setiap bulan (RM40 sebulan) bagi menyokong penyusuan dan kesihatan mereka


Gabungan bantuan susu bayi dan vitamin untuk ibu akan meningkatkan tahap kesihatan, berat badan, dan daya tahan tubuh mereka, sekali gus mengurangkan risiko kematian akibat malnutrisi akut. Setiap sumbangan anda adalah peluang untuk menyelamatkan nyawa. Antara projek kami sebelum ini ialah: 

1. Projek Baik Pulih Hospital Al - Shifa
2. Pemberian Bantuan Musim Sejuk
3. Projek Baik Pulih Telaga 



 

"Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 03, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 03, 2025

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 26, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 26, 2025