Kita sedia maklum musibah yang menimpa Aceh amat luar biasa sehingga orang tempatan mengatakan lebih buruk dari tsunami tahun 2004. Tsunami mengorbankan 30% penduduk Banda Aceh dan kemusnahan harta benda, tetapi air surut.

Kerja tempatan sedang giat membersihkan lumpur kering ini dari jalanraya supaya hubungan jalan raya pulih semula. Tetapi, mangsa banjir perlu membersihkan rumah mereka sendiri sehingga itu mereka tidak boleh menghuni.

Pengerusi PERKIM BTP telah melawat kawasan banjir di Aceh dan menghulurkan sumbangan seadanya. Antara yang didapati adalah mangsa banjir masih sehelai sepinggan, anak-anak masih memakai pakaian yang sama.
Oleh itu, PERKIM BTP berhasrat menghulurkan sumbangan makanan dan pakaian untuk mangsa banjir Aceh, khususnya di daerah Pidie Jaya dan Tamiang.

PERKIM BTP akan bekerjasama dengan NGO tempatan iaitu GER Indonesia. Ayuh Muslimin, ketika kami di sana orang Aceh mengatakan rakyat Malaysia adalah orang pertama turun membantu. Mereka amat hairan mengapa rakyat Malaysia begitu sayang mereka. Mungkinkah kerana kita serumpun?
Atas dasar kemanusiaan, kita rela membantu sesiapa sahaja, apatah lagi mereka yang seagama dan serumpun dengan kita. Ayuh, hulurkan sumbangan dan ringankan beban mereka.
Jom #BuatBaik!

Setakat 4/3/2026, sebanyak 14 lori tangki air atau 126,000 liter air telah kami bekalkan untuk mangsa-mangsa banjir di Aceh Tamiang, Aceh. Jika seorang minum 5 liter air sehari, bermakna kami telah membekalkan air untuk 25,200 orang.

Terima kasih atas infaq anda, sekecil mana pun infaq anda tetap membantu dan menjulang nama negara kita di bumi Aceh sebagai umat Islam yang sentiasa prihatin nasib saudara seagama dan serumpun.

Kami berhasrat untuk memberikan tong air pula disamping bantuan air bersih juga diteruskan kerana ramai penduduk kampung tiada bekas untuk menadah lebih banyak air dari lori kami.

Ayuh, sokong kempen baru kami nanti untuk tong air dan air bersih.

Alhamdulillah, hari ketiga Ramadhan, PERKIM BTP telah menyumbang 100 paket beras untuk mangsa banjir Aceh Tamiang.
Manakala dari Ramadan pertama hingga hari ini, PERKIM BTP sedang beri sumbangan air bersih sebanyak 4 lori tangki air.

Setelah 3 bulan dilanda banjir, keadaan di Aceh belum pulih walaupun 20%. Dengan sedikit sumbangan dari kita rakyat Malaysia dapat mengurangkan beban mereka dan sekurang-kurangnya mereka rasa ada pihak bersama mereka.

PERKIM BTP masih memerlukan sumbangan anda untuk terus membantu rakyat Aceh khususnya dalam bulan Ramadhan ini dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Sedikit sumbangan anda, besar bagi mereka.

Ayuh, teruskan menyumbang dan gandakan pahala anda di bulan Ramadhan al Mubarak ini.
Nota: Kami tidak mengupah jurukamera untuk mengambil gambar yang lebih baik kerana hasrat kami untuk menyalurkan segala sumbangan anda terus ke Aceh. Oleh itu kualiti gambar mungkin tidak baik.

Alhamdulillah, pada 26-27 Disember 2025 yang lalu, PERKIM BTP bersama rakan-rakan NGO lain terutama NGO tempatan di Aceh iaitu Global Ehsan Relief Indonesia telah melaksanakan bantuan kemanusiaan banjir Aceh.

Antara bentuk bantuan yang mana PERKIM BTP terlibat adalah agihan makanan dan air botol serta air bersih 1 tangki.

Kawasan yang telah dihantar bantuan adalah di Kabupaten Bireun dan Kabupaten Aceh Utara.

Keadaan di sana amatlah teruk pasca banjir kerana banjir besar ini bukan sahaja membawa air malah membawa kayu balak, lumpur dan kemusnahan sepanjang laluannya dari tempat tinggi sehingga sungai dipenuhi kayu balak.

Sebahagian kecil mangsa sahaja dapat tinggal di khemah sementara manakala sebahagian besar tiada tempat tinggal kerana hampir 90% rumah di satu-satu kampung musnah sama sekali.

Yang selamat hanyalah rumah konkrit tetapi barangan dalam rumah musnah dan rumah juga dipenuhi lumpur.

Salah satu keperluan amat mendesak adalah air bersih, oleh itu PERKIM BTP akan menyalurkan air bersih sebanyak 3 lori tangki di Tamiang dan banyak lagi bantuan lain diperlukan. Dengan dana terhad, PERKIM BTP bantu apa yang mampu.
Ayuh, jika tidak mampu banyak, infaqlah berapa pun anda mampu.
Aceh, serambi Islam di Sumatra, mereka serumpun dan saudara seagama kita, jika tidak kita siapa lagi kita harapkan untuk membantu mereka?

Gambar: Rakan tempatan kami sedang mengerahkan bantuan ke seberang dengan bot kerana jambatan roboh akibat banjir.
Ayuh kita hulurkan infaq kita minggu ini untuk Aceh.
Semakin banyak NGO-NGO Malaysia sudah turun ke Aceh dan akan turun ke Aceh. Keadaan sana amat-amat teruk dan ramai lagi tiada makanan dan pakaian.
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini