Ramadan hadir membawa rahmat dan peluang ganjaran pahala yang berlipat ganda. Inilah bulan di mana setiap amal kebajikan digandakan nilainya. Setiap sedekah menjadi asbab keberkatan, dan setiap huluran ikhlas menjadi bekalan di akhirat kelak. Justeru, kempen Infaq beras demi kebajikan anak tahfiz di bulan Ramadan dilancarkan bagi memastikan keperluan asas makanan anak-anak tahfiz sentiasa mencukupi sepanjang bulan yang mulia ini.

Bayangkan… setiap butir beras yang kita infaqkan menjadi tenaga buat mereka bangun qiyam, mengulang hafazan, serta menuntut ilmu. Setiap suapan yang mengenyangkan perut mereka menjadi saksi bahawa ada insan prihatin yang tidak pernah melupakan kebajikan mereka.

Rasullullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memberi sesuatu kepada seseorang yang berpuasa untuk Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya daripada neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya.”
(HR Bahaiqi)

Marilah kita bersama-sama merebut peluang ini dengan menyumbang sekampit beras atau seikhlas hati, demi memastikan dapur tahfiz terus berasap dan anak-anak ini dapat berbuka serta bersahur dengan sempurna. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi saham akhirat yang berkekalan. Moga Allah membalas dengan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik, dan keberkatan dalam kehidupan.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini