Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM9,260 / 30.87 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
290 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Banjir semakin buruk, sehingga 28 November 2024, jumlah mangsa telah hampir mencecah 40,000 orang di 6 buah negeri.

Di Kelantan sahaja, jumlah mangsa naik mendadak dari 3,000 mangsa pada 27 November 2024 kepada lebih 25,800 mangsa pada 10 pagi, 28 November 2024. Hujan pula dilaporkan turun berterusan. Sehingga 28 November 2024, Rantau Panjang dilaporkan telah lumpuh akibat banjir!

Johor, Kedah, Perak, Perlis dan Terengganu juga dilaporkan banjir.
Untuk makluman, ini baharu gelombang pertama untuk Pantai Timur. Episod hujan lebat dan banjir dijangka terus berlaku sehingga Februari 2024.

Wakil Iltizam Relief Society sudah pun berada di kawasan banjir untuk menyalurkan bantuan-bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir. Ayuh, sama-sama kita bantu mengurangkan sedikit kesusahan mereka yang terlibat dengan banjir. Semoga dimurahkan rezeki untuk anda yang menyumbang seikhlas hati.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Pada 3/12/2024 - 6/12/2024, Iltizam Relief Society dengan 6 orang sukarelawan, 2 buah kenderaan pacuan 4 roda dan 2 buah lori penuh dengan muatan barang makanan, beras, roti gardenia, tikar dan selimut telah ke Tumpat Kelantan dan menyampaikan sumbangan untuk 2,500 mangsa banjir.
Terima kasih ke atas sumbangan anda semua.
Kali ini, Tumpat menerima musibah banjir yang terburuk selepas tahun 2014, malah banyak kampung-kampung yang tidak pernah banjir pada tahun 2014, kini banjir pula dan luar biasa lagi banjirnya.

Sehingga 6/12/2024, masih ada lagi kampung-kampung yang banjir termenung.

Ramalan cuaca juga menunjukkan kemungkin gelombang kedua melanda dari 8/12/2024 hingga 14/12/2024.
Oleh itu, sumbangan anda amat diperlukan untuk bersiap-siaga menghadapi kemungkinan banjir gelombang kedua bukan sahaja di Kelantan malah negeri-negeri lain.

Kelantan sudah mula dilanda banjir, setakat pagi 27/11/2024, 2,879 mangsa terlibat dengan 880 keluarga. Laporan-laporan diterima dari setakat ini mengatakan jumlah mangsa naik mendadak.
Iltizam Relief sedang susun misi bantuan, kami amat memerlukan sumbangan anda untuk meringankan kesusahan saudara kita di Kelatan.
Ayuh hulurkan seikhlas hati.

Alhamdulillah, Misi 2 Banjir Kedah Iltizam Relief Society telah membantu 300 keluarga di Baling, Padang Terap dan Jitra, Kubang Pasu.
Terima kasih atas sumbangan anda.
Ayuh bantu kami hadapi musim tengkujuh Monsun Timur Laut dijangka bermula bulan ini hingga akhir Februari 2025.

Alhamdulillah, Misi 1 Banjir Kedah Iltizam Relief Society telah membantu 500 keluarga di Pokok Sena, Pendang, Kubang Pasu dan Anak Bukit.
Terima kasih atas sumbangan anda.

Alhamdulillah, Misi 1 Banjir Kedah Iltizam Relief Society telah membantu 500 keluarga di Pokok Sena, Pendang, Kubang Pasu dan Anak Bukit.
Terima kasih atas sumbangan anda.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 04, 2025
EDWIN BIN ASAU
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jan 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 04, 2025