Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Oct 01, 2023

RAYUAN DERMA KILAT BENCANA BANJIR DI MALAYSIA

RM60 / 0.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Musibah banjir telah menimpa Kedah, Perlis dan utara Perak manakala Pantai Timur dan Selatan negara dijangka menyusul. PERKIM BTP ingin menggerakkan bantuan kecemasan, ayuh kami merayu bantuan anda!


Nampaknya permulaan peralihan monsun seperti diumumkan oleh MetMalaysia agak tepat. Kedah dan Perlis serta utara Perak terkena musibah banjir.




Menurut MetMalaysia, episod taburan hujan lebat akan berterusan dan selepas Pantai Barat, Pantai Timur pula dijangka menerima taburan hujan lebat yang berterusan, dan mengakibatkan banjir. Untuk Misi Bantuan Banjir 2022-2023, PERKIM BTP telah membantu di Batu Pahat Johor dan Tumpat, Kelantan.




Untuk 2023-2024, kami berulang kali mendapat panggilan untuk membantu di Kedah pula. Kami juga bersedia kemungkinan banjir di Selatan dan di Pantai Timur. Daerah Baling antara yang teruk dilanda banjir. Ramai yang kerugian harta benda seperti tilam, bantal, selimut, malah, kereta dan motorsikal juga.




Oleh itu, kami merayu kepada anda semua marilah kita sama-sama bantu meringankan beban musibah yang menimpa mereka. PERKIM BTP akan menggerakkan sukarelawan untuk membantu yang mana termampu. Berikut adalah kampung-kampung yang terlibat banjir di Baling sehingga 28 September 2023:


1. Bukit Iboi 

2. Bendang Becah 

3. Padang Dan

4.Kg.Sadek /Tg Merbau 

5. Tanah Periuk 

6. Kg.Landak 

7. Seberang Jaya / Bukit Tinggi 

8. Kg.Pisang / Kg.Hangus 

9. Kuala Pegang 

10. Kg Raja 

11. Pekan khamis 

12. Belakang Sekolah 

13. Pekan Kupang 

14. Banggol Cicar 




Namun, tanpa dana, kami tiada upaya untuk menggerakkan bantuan. Ayuh semua penyumbang yang mempunyai rezeki lebih, kami merayu bantuan anda!

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

CHONG YOK CHAU

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat