Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM115 / 1.14 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,100
9 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kinabatun Besar, Tawau, Sabah, tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan dokumen penting dan barangan berharga, berikutan api marak dengan cepat selain kedudukan rumah yang rapat.

Pihak Bomba menerima panggilan pada jam 12.55 tengah malam sebelum sepasukan 25 orang anggota bersama dua buah jentera dan unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian.

Kebakaran tersebut memusnahkan sepenuhnya 40 buah rumah jenis tidak kekal. Lebih menyedihkan, seorang mangsa kanak-kanak lelaki berumur lima tahun ditemui rentung pada jam 4.50 pagi dan diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Pihak Bomba berjaya mengawal dan memadamkan api pada jam 2.28 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.06 pagi hari yang sama. Pasukan Bomba Sukarela Titingan dan agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), SESB Dan PDRM, berjaya menyelamatkan lebih 68 buah rumah berhampiran dari terbakar.

Mangsa dari 40 buah rumah tersebut, telah ditempatkan di Dewan Seri Balung, berdekatan di sini sebagai PPS. Namun, terkini kami difahamkan PPS tersebut telah ditutup dan penduduk terpaksa pulang dan ikhtiar untuk membina atau mendapatkan tempat tinggal sendiri.

Dengan bantuan ketua kampungnya, pihak Iltizam Relief Society berjaya mengesan seramai 33 buah keluarga yang masih beberapa bentuk memerlukan bantuan, antaranya tong gas dan barang dapur. Sumbangan anda boleh memberi impak langsung kepada kesejahteraan keluarga-keluarga ini semasa mereka menghadapi tempoh yang mencabar ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami


Pada 12 Januari 2025, 60 buah rumah yang melibatkan 82 keluarga terbakar di Kg Sri Aman, Tawau.
Kebakaran ini menyebabkan 631 orang, termasuk 197 kanak-kanak dan 34 bayi kehilang tempat tinggal.
Pihak Iltizam Relief Society akan membantu sekali lagi di Tawau termasuk dalam bentuk pampers dan susu anak-anak mangsa kebakaran ini.
Ayuh tuan / puan yang dermawan, kita ringankan sedikit beban mereka hari ini, mungkin esok Allah ringankan beban kita di Akhirat.
Ayuh hulurkan sedekah anda segera!


Terima kasih atas sumbangan anda semua. Sekecil mana pun sumbangan anda, kita dapat meringankan sedikit kesusahan saudara kita yang keh

Pada hari Ahad ini, kami bercadang menyampaikan bantuan tong gas dan makanan asasi untuk 33 keluarga yang telah dikenal pasti yang sehelai sepinggan. Mereka kini menumpang rumah orang atau buat rumah dari plywood sahaja.
Ayuh bantu kami. Kami masih kekurangan dana.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 05, 2024
MOHAMAD IZWAN ABDUL GHANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 05, 2024