RAYUAN DERMA MISKIN KESEJUKAN DI KASHMIR

Dianjurkan oleh:
ILTIZAM RELIEF SOCIETY
Dimulakan pada:
03 Oct, 2023
RAYUAN DERMA MISKIN KESEJUKAN DI KASHMIR
0.65%
RM150
/RM23,200
9
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Ayuh derma ikhlas untuk bantu ibu-ibu tunggal yang mempunyai anak-anak yatim kesejukan di Kashmir. Sehelai selimut kita beri hilangkan kesejukan di Kashmir dan kita pula dapat kesejukan di Mahsyar.

Musim sejuk telah bermula di Kashmir. Malah Bandipora, antara daerah yang dibantu oleh Iltizam Relief Society, telah pun turun salji khususnya kawasan tanah tinggi.

Bantuan musim sejuk pada tahun 2022-2023

Kashmir yang dimaksudkan adalah wilayah yang dijajah dan diduduki oleh kerajaan India. Pendek kata, nasib 98% umat Islam Kashmir hampir sama dengan umat Islam Palestin.

Dunia kini hanya lebih peduli nasib Ukraine. Solusi yang ada untuk umat Islam di Kashmir adalah bantuan dari luar, khususnya bantuan dari saudara seagama mereka.

Untuk musim sejuk 2021-2022, kita telah membantu 500 keluarga dengan bantuan selimut dan 300 keluarga dengan bantuan makanan. Untuk musim sejuk 2022-2023, Iltizam bersama sumbangan.com telah membantu kira-kira 400 keluarga termiskin dengan bantuan makanan dan selimut, khususnya di kawasan Srinagar.

Untuk musim sejuk 2023-2024 pula, kami sasarkan bantuan selimut dan makanan untuk 500 keluarga di Baramulla, Bandipura dan Gulmarg, daerah-daerah yang kami pernah lawati dan memang mereka amat dhaif. Golongan sasar adalah miskin khususnya dari kalangan ibu tunggal mempunyai anak-anak yatim dan miskin melampau.

Ramai wanita menjadi ibu tunggal (tidak semestinya janda) kerana suami mereka dibunuh atau hilang begitu sahaja akibat dizalimi tentera atau polis. Bahkan, mereka juga sering menjadi mangsa militan dari sempadan. Makanan yang diberikan adalah cukup untuk 2 bulan. Selimut pula bersaiz queen, cukup untuk 4 orang anak kecil mendapatkan haba yang cukup dari kesejukan melampau atau 2 orang dewasa.

Menjelang musim sejuk, harga selimut dan baju sejuk di Kashmir melonjak naik ke Rp1,800 (RM100) sehelai. Oleh itu, kami akan tempah dari India dengan harga Rp1,020 (RM58) sahaja sehelai. Tapi kami perlukan dana segera kerana semakin hampir musim sejuk, harga semakin akan naik juga.

Selimut ini akan memberikan kepanasan dari kesejukan melampau di Kashmir. Semoga dengan satu selimut anda sedekah, mampu memberikan kita kesejukan dari kepanasan melampau di padang Mahsyar. Insya Allah, aamiin ya Allah.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

01 Nov 2023

BANTUAN MUSIM SEJUK KASHMIR

28/10/2023, Kupwara, Kashmir.

Hari ini Iltizam Relief Society telah mengagihkan pakej makanan kepada 100 keluarga di Kashmir.

Jumlah makanan ini cukup untuk tempoh 2 bulan, terutamanya musim sejuk telah tiba dengan suhu antara 4 hingga 12 darjah Celsius dan dijangka terus jatuh ke paras bawah 0 darjah celcius.

Rakan tempatan kami telah pun mendapatkan permit khas yang diperlukan untuk membuah agihan di sini kerana daerah ini sangat dikawal ketat oleh tentera India.

Selain itu, kami juga telah memberikan 100 keluarga ini dengan selimut terma.

Minggu ini, kami merancang untuk mengagih untuk 200 lagi keluarga di dua daerah berbeza.

Marilah kita bersatu untuk membantu penduduk Kashmir, kerana mereka tidak mempunyai orang lain selain kita.

Tiada salah membantu saudara kita di sana kerana kita adalah satu umat.

Klik di sini untuk menyumbang:

https://sumbangan.com/penganjur/kempen/buletin/rayuan-derma-miskin-kesejukan-di-kashmir

18 Oct 2023

Salji sudab turun di kampung-kampung pedalaman yang bakal memberi kesan besar kepada orang miskin yang lari dari dikejar tentera India.

Mereka bukan pengganas, bukan militan tapi mangsa kedua-dua iaitu tentera India dan militan yang menentang tentera India. Tetapi bagi penjajah, sama sahaja dua-dua dibedil. Seperti yang sedang berlaku di Palestin.

Kita umat yang satu. Di mana pun umat Islam dalam kesusahan, kita pasti terasa sakitnya juga.

Pagi ini hospital di Palestin telah dibom dengan kejam oleh tentera udara Yahudi. Angka rasmi mengatakan 500 terbunuh. Namun banyak mayat berkecai tidak dapat dikira.

Iltizam Relief Society juga sedang menyumbang bantuan makanan kepada mangsa di Gaza melalui sukarelawan dalam Gaza.

Di Malaysia juga kami sentiasa prihatin dan membantu rakyat kita.

Kini Kashmir menghadapi musim sejuk melampau.

Umat Islam Kashmir senasib dengan Palestin cuma mereka tidak mampu melawan tentera India, tanah mereka diduduki India, hak memerintah sendiri dimansuhkan, warga India kini boleh memiliki tanah di Kashmir, kemiskinan orang Islam tiada pembelaan, begitu juga pendidikan.

Jika anda ada rezeki lebih, bantulah sedikit Kashmir.

Mereka perlukan makanan yang cukup untuk 3 bulan, pakaian sejuk, selimut dan lain-lain.

Semoga sedikit sumbangan kita itu memberikan mereka perlindungan dari kesejukan di dunia ini, semoga sumbangan kita ini memberikan kita kesejukan dari kepanasan di Mahsyar nanti.

Gambar: Iltizam Relief Society sedang menyediakan bantuan makanan dan selimut untuk 100 keluarga miskin pedalaman Kashmir.

Barang-barang terpaksa dibeli dari luar Kashmir kerana harga lebih berpatutan dan stok cukup. Namun, mengalami kelewatan untuk sampai kerana salji menghalang beberapa laluan.

06 Oct 2023

Ayun tuan / puan saudara seagama, tonton video ini dan bantulah segera seikhlas hati!

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Oct 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2023
IMRAN MUSTAPHA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

JOM BANTU BINA ASRAMA PELAJAR YATIM
INFAK OPERASI BULANAN SURAU AS-SYABAB
SEDEKAH TELEKUNG DAN KELENGKAPAN SOLAT ZULKAEDAH INI
BAIK PULIH KELENGKAPAN SURAU AL-ARASY AL-MUTTAQIN SARAWAK
BANTU KAMI BINA SEMULA MUSHOLLA MANGSA GEMPA 2018
Kempen Sumbangan Tamat