ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Oct 02, 2023

RAYUAN DERMA PERKASA EKONOMI ASNAF

RM130 / 0.65 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh semua, ini peluang memperkasakan ekonomi ummah. Sokonglah mereka yang ingin belajar 'memancing ikan'. Anda hanya menyumbang sekali tetapi impaknya berpanjangan.


Bukan semua asnaf mengharapkan bantuan kewangan sahaja. Ramai juga yang ingin berdikari sendiri dengan menggunakan kemahiran yang mereka ada tetapi faktor usia, kecacatan fizikal, kekurangan modal dan sebagainya menyebabkan mereka tidak mampu memperkasakan diri sendiri.




Pada tahun 2019, Iltizam Relief Society telah melancarkan “Projek Joran”. Satu initiatif untuk memperkasakan golongan yang ingin berusaha ini dengan bantuan peralatan atau modal kecil. Secara literal, kita faham maksud “joran”. Kita boleh memberikan seseorang ikan tetapi dia boleh makan untuk sehari sahaja. Jika kita memberikannya joran dan ajarnya cara memancing ikan, dia mampu makan seumur hidup selagi dia berusaha.




Sejak dilancarkan, sebanyak 11 Projek Joran telah dilaksanakan tetapi dengan impak jangka panjang.



Antara projek joran yang berjaya ialah projek penternakan kambing diusahakan En. Ishak di Baling, Kedah. Beliau seorang penoreh getah tetapi kejatuhan harga getah menyebabkan pendapatan beliau tidak cukup untuk keluarga yang besar.



Dari hanya 3 atau 4 ekor kambing dibela sebagai hobi di belakang rumah dengan bantuan pembinaan 2 kandang kambing dan 3 ekor kambing dihadiahkan oleh Iltizam Relief Society. Kini beliau sudah memiliki lebih 20 ekor kambing dari hasil jualan dan 2 ekor lembu lalu menjana pendapatan.



Satu lagi projek yang kami suka berkongsi kejayaan ialah projek membuat kopi tradisional. En Shahidi seorang OKU di Sik, Kedah, tidak minta bantuan kewangan, tetapi hanya minta bantuan mesin mengisar kopi supaya beliau boleh berjimat sewa mesin orang lain. Dengan adanya mesin ini juga, beliau boleh kisar lebih dari 40kg kopi sehari dan juga boleh ambil upah kisar kopi orang lain dan menjana pendapatan tambahan.




Ada beberapa lagi permintaan dari asnaf, khususnya OKU. Encik Zeli dari Kuala Kangsar pula seorang OKU juga, tangan sebelah beliau terputus akibat dihempap pokok tumbang. Tetapi, beliau tidak meminta-minta, hasil KWSP beliau usaha beli bot dan menjadi nelayan sungai. Pendapatan dari ikan yang dijual tidak banyak antara RM20 hingga RM100 sahaja sehari, bergantung kepada hasil tangkapan.




Baru-baru ini musibah menimpa beliau apabila kedua-dua enjin bot beliau rosak, tidak boleh lagi boleh dibaiki. Sudah sebulan hilang punca pendapatan. Harga untuk 15hp RM6,500 dan untuk 20hp ialah RM8,000. Iltizam Relief Society ingin membantu beliau juga.



Projek Joran membantu dengan modal yang kecil sahaja kerana kami tiada dana besar untuk projek ini.



Projek ini bukan sahaja perlu diteruskan, bahkan perlu dimantapkan lagi. Ini kerana negara kita sedang melalui episod yang sukar. Inflasi meningkat, harga barang naik mendadak, ringgit semakin lemah, barang-barang asasi seperti beras putih tempatan, minyak dan telor selalu tiada. Beras putih import, gula dan lain-lain harganya naik mendadak. Rakyat yang miskin semakin terhimpit. Peniaga terpaksa buang pekerja kerana kuasa membeli rakyat menurun dan majikan pula terpaksa membayar gaji minima RM1,500.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat